Wednesday, 4 April 2018

Letakkan Dunia Di Tangan, Di Hati Jangan Karya Lutfi Lokman #ReviewBuku2018

Beberapa hari sebelum, aku melihat hantaran di mukabuku oleh Tuan Lutfi Lokman. 'Letakkan dunia di tangan, di hati jangan.' Sejujurnya, dengar tajuk sahaja pun buat aku tertarik, belum lihat kulit bukunya lagi. Melihat hantaran di mukabuku beliau. Ada promosi. 
Jadi, aku beli. 

Seperti apa yang aku jangkakan, isinya bermanfaat. Nasihat secara santai. Bukanlah bacaan berat. Sesuai untuk pelbagai golongan dan peringkat umur. 

Aku perasan dalam buku ni banyak amalan yang kita rasa kecil tapi habis semua kita tak buat. Bukan tak tau kalau buat kita dapat pahala. 

Contoh, baca bismillah sebelum buat sesuatu. 
Kemudian, bangun pagi apa patut kita buat dulu. 
Yang selebihnya, dah beli nanti bacalah sendiri. Uhuk. 
Nasihat aku, kau belilah sebanyak mana buku-buku nasihat. 

Kalau bukan sekarang kau mulakan tindakan, sekurangnya saat kau mula melangkah, ilmu mengiringi kau. Nasihat-nasihat inilah buat kau semangat. Bila jatuh, kau kenanglah balik semua kisah-kisah yang dah kau baca. 

Belajarlah dari pengalaman sendiri dan orang lain. 
Kalau orang dah sampai kinabalu pun. Tenanglah walaupun kau baru nak pakai selipar. 
Dah pakai selipar jalanlah, naik kinabalu. 
Begitulah. 

Kau (dibaca: aku) 

Amende nak nasihat orang. Aku sendiri pun jalan tak betul lagi.



2 comments: