Sebenarnya sudah lama saya khatamkan buku ni. Tapi baru hari ni tergerak hati menulis panjang lebar.
Buku pertama saudara Teme Abdullah (Pelukis Jalanan) telah saya khatamkan hujung tahun lepas. Kali pertama membaca Pelukis Jalanan, saya rasa sedikit 'rugi' (bukanlah bermakna saya menyesal) sebab tak sambung Ijazah.
Tapi, sebagai manusia, saya faham, kita cuma mentadbir ( tetap bergerak dalam kawalan Allah), tapi Allah yang mentakdir. (Luar kawalan manusia).
Mungkin Allah nak ajar saya tentang redha dan selesa walau tak diberi. Alhamdulillah.
Saya bersyukur. Allah simpankan doa saya dan dia bagi rezeki dari sudut lain.
Beberapa point dalam buku ini membuka mata saya,
Pertamanya tentang sebuah pilihan. Pilihan yang kita buat. Belajar tanggung risiko, keluar dari comfort zone dan terbanglah kemana takdir membawa kita.
Kedua, silaturrahim antara Teme dan Ahmad. Ada orang pesan pada saya, kalau nak berjaya kena jaga dua benda, Hablumminallah dan hablumminannas.
Saya melihat kasih sayang antara dua sahabat ni. Saling menjaga, bila keluarga jauh dari jasad dan pandangan mata.
Ketiga, tentang hasil kerja yang di sabotaj, mengingatkan saya tentang nasihat dari pakcik tempat internship saya. 'Bukan semua orang sukakan kita, ada yang benci kita tanpa sebab. Ada yang tikam belakang.' Benarlah.
Ke empat, yang saya lalui sekarang. Bangkit setelah jatuh berkali-kali. Saya nyaris-nyaris putus asa. Mujurlah Allah masih sayangkan saya. Allah hantarkan macam2 buku (dan insan2) sebagai pesanan dan kekuatan supaya saya bertahan untuk sedikit waktu lagi.
Banyak lagi point berguna. Tapi cukuplah sampai sini sahaja.
Akhir kata, Terima kasih Teme Abdullah untuk buku berkualiti ni.

No comments:
Post a Comment