(entri menyentuh perasaan)
tak tahu kenapa aku suka sikit lagu ni
Assalamualaikum w.b.t .semenjak dua ni memang ditakdirkan
saya selalu update blog .mungkin ianya menjadi hobi baru saya setelah sebulan
lebih berada di rumah . kalau kat tempat belajar mungkin masa lebih tertumpu
kepada assignment dan facebook face
the book . salah taip .maafkan saya . saya sama seperti insan lain dalam hati ada
taman . mempunyai naluri keperempuanan ..salah taip lagi .saya malas nak
backspace . tak ape lah kan.
Sebelum tu saya nak bagi tahu ni .saya tengah dengar lagu
cinta –cintun ni. tu best nak berangan tu .ha ha ha .tapi kena ingat
.jangan terlebih berharap .memang tak ada apa yang mustahil dalam hidup ni tapi
bermimpi untuk benda yang sangat jauh dari genggaman amatlah perlu dikurang kan
.bimbang akan datangnya sifat kurang bersyukur.bagi saya lah.saya tak tahu
pandangan orang lain di luar sana bagaimana .rambut
sama hitam .hati lain-lain .walaupun nowadays rambut manusia ni dah ada
bermacam-macam warna .tak pe .itu seni .ha ha ha .tapi saya pasti itu bukan senibina
.iye saya pasti .
Orang selalu cakap tak kenal maka tak cinta .tetapi sedarlah bahawa kadang-kadang bila dah kenal pun tak ada rasa cinta .tak kan nak bercinta dengan
pakcik driver bas yang kau orang naik balik kerja tu ?boleh nak bercinta
tetapi mungkin kau kawen dengan pak cik tu .kau kena kawen dengan first wife
dia sekali.iye lah .kau kan nak jadi second wife dia .ha ha ha . saya
tak tahu kenapa ,laju je tangan saya nak menaip huruf ‘H’ dengan ‘A’
banyak-banyak .erh .maafkan saya .
Cinta juga tak boleh dipaksa .eh ,siapa yang memaksa ? sejujurnya
saya respect dan saya salute lah orang yang mencintai seseorang dalam
diam. bukan sebab orang tersebut takut atau malu nak meluahkan tetapi dia tidak
menyatakan cinta dia kepada orang yang di cintai agar Allah tidak kurangkan
rasa cintanya kepada orang yang di cintainya .bertuah sungguh orang yang
dicintainya kan ? mimpi untuk dapat seseorang macam ni .Ahh sudah ....
‘Ku titiskan air mata ini untukmu
Saat kau lepaskan cintaku untuk dirinya’
Saat kau lepaskan cintaku untuk dirinya’
- sudah
cukup-republik
Bila dah bercinta bagai ,ada satu masa saya kita ditinggalkan .
itulah siapa suruh bercinta kan ?belajar main-main .bila
putus cinta .makan tak kenyang,mandi tak basah,tidur tak lena( ayat standard orang putus cinta.) .. tapi
sedarlah daripada terus mengenang nasib ditinggalkan lebih baik berdoa pada Allah . eh ? bila bahagia semua tu
entah kemana . bila sedih kau kembali ke pangkal jalan . Allah tu maha Pengampun lagi Maha penyayang
.andaikata dah jauh tersasar pun selagi hidup roh tak terpisah dari jasad
selagi itulah kita berpeluang untuk bertaubat . ingat lah. Awak insan bertuah
.jangan sia-siakan peluang kedua yang Allah bagi iye awak .
Baru saya perasan .entry saya banyak kisah cinta2 .saya pun
tak tahu kenapa .mungkin sebab sedih sikit kan .tapi tak ape .saya dah ada arah
tuju hidup saya .tak terus hidup dengan bayang-bayang yang samar-samar kan ?
lebih baik tak ada daripada tak pasti .setuju ? LA TAHZAN ~
:: tapi lah kan .saya rasa sedih tu tak lama kan ? itu pendapat saya .pendapat kau orang macam mana ?