Assalamualaikum .hai .holo people . sekarang aku rasa lebih
suka meluahkan rasa-rasa yang ada di blog.bukan lagi di facebook. Serius bila
saya duduk sorang-sorang bila fikirkan nikmat yang Allah bagi ni memang tak
ternilai banyaknya .betapa banyaknya
nikmat yang engkau bagi YA ALLAH . kenapa saya baru sedar ? mungkin terlalu
alpa dengan urusan duniawi sampai lupa tentang nikmat yang Allah bagi
.~astagfirullahalazim~
Saya manusia biasa .banyak kekurangan diri saya .mungkin
lebih banyak kekurangan berbanding anda
diluar sana .tapi saya bersyukur .sekurang-kurangnya Allah kurniakan nikmat
yang tidak ternilai ini pada saya . islam .alhamdulillah .saya masih berpeluang
meneruskan hidup di bumi Allah ini . dan Allah memberi peluang untuk saya
berubah .Alhamdulillah .
Ampunkan aku ya Allah .saya tertanya-tanya kenapa hidup saya
sentiasa diuji sedangkan saya melihat orang lain bahagia .terdetik di hati saya
‘kenapa hal ini berlaku kepada saya ‘ .walaupun sudah diberitahu ujian yang
Allah bagi itu adalah tanda Allah masih sayangkan kita .tetapi kadang-kadang
saya tak mampu untuk tanggung ujian tu .saya terlalu lemah dan cepat berputus
asa .Ampun kan aku ya Allah ..YA ALLAH tabahkan lah hatiku .permudahkan lah
segala urusanku
Lemahnya saya .saya tak mampu nak menguatkan iman untuk
mendengar hasutan syaitan .astagfirullahalazim .ampunkan aku yaAllah ..kenapa
saya buat benda yang dilarang ? buka mata buka hati . Setiap hari jumaat ada
kelas mengaji Al-quran di tempat saya praktikal . Alhamdulillah saya mengikuti
kelas tersebut setiap minggu .saya terfikir kenapa saya tidak membaca al –quran
sama seperti saya membaca buku-buku lain sedangkan al-quran itu jauh lebih
bermanfaat dan berguna di dunia sebagai panduan .diakhirat sebagai penerang
kubur .jahilnya saya .
Saya tahu pekerjaan itu satu ibadah .tapi saya tak tahu
kadang-kadang saya merungut apabila diberi kerja ,mungkin kerana saya tak suka
tugas tersebut .tapi walaupun tak suka saya mesti buat kerana itu adalah amanah
yang dah diberikan . tanggung jawap yang perlu saya pikul diatas bahu saya
sendiri . bukan atas tanggungjawap sesiapa .ikhlaskah saya ? sedangkan saya
tahu .pekerjaan yang saya buat kalau tak ikhlas bagaimana nak dapat pahalanya ?
.ya Allah aku ikhlaskan segala perbuatanku .amin