Tuesday, 19 November 2019

Menjelang 2020 #2

Tentang patah hati.


Tak tahu nak meng-awali tinta ini bagaimana, tapi saya cuba. Bulan ke tujuh, tahun ke duaribu-lapan belas. Hati saya diusik  oleh seorang insan. Tapi, ini berlaku diluar kesedaran, di luar kawalan hati saya. 

Saya mulai dengan apa yang berlaku dalam tahun duaribu-lapan belas. 

Bulan pertama, saya masih insan yang tanpa putus asa mencari pekerjaan. Tuhan mendengar rintih doa saya. Akhirnya saya berjaya dalam satu temuduga. Alhamdulillah. Saya mula bekerja pada suku kedua, tahun yang sama. 

Saya dihantar ke daerah asing, jauh dari orang orang yang saya kenal, dengan memulakan rutin asing, tinggal bersama orang-orang asing. 

Saya seperti sebuah kapal. Ditengah laut, saya lah nahkoda, saya juga anak kapal. Tak pernah seumur hidup saya, begitu jalannya. 

Penguat saya saat itu? Keluarga dan Tuhan. Juga satu dua insan. Semuanya hanya boleh dihubungi dengan telefon. Bukan berdepan. Kecuali Tuhan, Allah yang maha satu. 

Bulan ke tujuh, saya mula berkawan. Hanya niat berkawan, dia ok dan saya ok. Tak pernah terfikir pun untuk ke perkahwinan. Ini hakikat. 

Bila saya hilang tujuan, bermual bulan ke tujuh dia ada sebagai kawan. Dia(ada), seperti seorang yang (akan ada dengan saya) bila saya jatuh. 


Persahabatan kita hanya bertahan sehingga november, pada bulan kelahiran saya, bulan sebelum terakhirnya bulan menuju 2020. 

Seperti satu hakikat, yang dah konkrit tertulis, kita tak lagi sesuai bersahabat. 

Selamat tinggal (m). 

Ini fasa pembersihan hati-
Yang di atur ilahi.

Demi tuhan, saya redha. 



Monday, 18 November 2019

Menjelang 2020 #1

Aku awali dengan bismillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Kurang lebih dua tahun aku tak menulis kat sini. Entah sibuk tentang apa. 

Tapi aku rasa tiba masa aku kembali kat sini. Diam dari laman lain. Ini hidup aku. 

Privasi aku. 

Tanpa banyak cakap, saat ini, aku mulai. 

Aku kembali. 

Wednesday, 4 April 2018

Letakkan Dunia Di Tangan, Di Hati Jangan Karya Lutfi Lokman #ReviewBuku2018

Beberapa hari sebelum, aku melihat hantaran di mukabuku oleh Tuan Lutfi Lokman. 'Letakkan dunia di tangan, di hati jangan.' Sejujurnya, dengar tajuk sahaja pun buat aku tertarik, belum lihat kulit bukunya lagi. Melihat hantaran di mukabuku beliau. Ada promosi. 
Jadi, aku beli. 

Seperti apa yang aku jangkakan, isinya bermanfaat. Nasihat secara santai. Bukanlah bacaan berat. Sesuai untuk pelbagai golongan dan peringkat umur. 

Aku perasan dalam buku ni banyak amalan yang kita rasa kecil tapi habis semua kita tak buat. Bukan tak tau kalau buat kita dapat pahala. 

Contoh, baca bismillah sebelum buat sesuatu. 
Kemudian, bangun pagi apa patut kita buat dulu. 
Yang selebihnya, dah beli nanti bacalah sendiri. Uhuk. 
Nasihat aku, kau belilah sebanyak mana buku-buku nasihat. 

Kalau bukan sekarang kau mulakan tindakan, sekurangnya saat kau mula melangkah, ilmu mengiringi kau. Nasihat-nasihat inilah buat kau semangat. Bila jatuh, kau kenanglah balik semua kisah-kisah yang dah kau baca. 

Belajarlah dari pengalaman sendiri dan orang lain. 
Kalau orang dah sampai kinabalu pun. Tenanglah walaupun kau baru nak pakai selipar. 
Dah pakai selipar jalanlah, naik kinabalu. 
Begitulah. 

Kau (dibaca: aku) 

Amende nak nasihat orang. Aku sendiri pun jalan tak betul lagi.



Pelukis Jalanan Karya Teme Abdullah. #ReviewBuku2018

Sebenarnya sudah lama saya khatamkan buku ni. Tapi baru hari ni tergerak hati menulis panjang lebar.

Buku pertama saudara Teme Abdullah (Pelukis Jalanan) telah saya khatamkan hujung tahun lepas. Kali pertama membaca Pelukis Jalanan, saya rasa sedikit 'rugi' (bukanlah bermakna saya menyesal) sebab tak sambung Ijazah.

Tapi, sebagai manusia, saya faham, kita cuma mentadbir ( tetap bergerak dalam kawalan Allah), tapi Allah yang mentakdir. (Luar kawalan manusia).

Mungkin Allah nak ajar saya tentang redha dan selesa walau tak diberi. Alhamdulillah.

Saya bersyukur. Allah simpankan doa saya dan dia bagi rezeki dari sudut lain. 

Beberapa point dalam buku ini membuka mata saya, 

Pertamanya tentang sebuah pilihan. Pilihan yang kita buat. Belajar tanggung risiko, keluar dari comfort zone dan terbanglah kemana takdir membawa kita. 

Kedua, silaturrahim antara Teme dan Ahmad. Ada orang pesan pada saya, kalau nak berjaya kena jaga dua benda, Hablumminallah dan hablumminannas. 

Saya melihat kasih sayang antara dua sahabat ni. Saling menjaga, bila keluarga jauh dari jasad dan pandangan mata. 

Ketiga, tentang hasil kerja yang di sabotaj, mengingatkan saya tentang nasihat dari pakcik tempat internship saya. 'Bukan semua orang sukakan kita, ada yang benci kita tanpa sebab. Ada yang tikam belakang.' Benarlah. 

Ke empat, yang saya lalui sekarang. Bangkit setelah jatuh berkali-kali. Saya nyaris-nyaris putus asa. Mujurlah Allah masih sayangkan saya. Allah hantarkan macam2 buku (dan insan2) sebagai pesanan dan kekuatan supaya saya bertahan untuk sedikit waktu lagi. 


Banyak lagi point berguna. Tapi cukuplah sampai sini sahaja.

Akhir kata, Terima kasih Teme Abdullah untuk buku berkualiti ni.