Wednesday, 17 May 2023

JOURNEY UMRAH SAYA - PART 1 ( WAITING FOR THE CALL )

Bismillahirahmanirahim.  Tak tahu mana nak mula, tapi saya nak cerita semula perjalanan umrah pertama saya. kali pertama seumur hidup. perasaan yang penuh bercampur baur. suka, takut, excited, semua dalam satu. 

Back to november 2022, disember actually. ada hal besar berlaku dalam hidup saya. sampai satu masa saya rasa saya kena buat something yang saya tak pernah buat. Nak rapat2 dengan Allah. Nak cerita semuanya pada Allah. Sebab saya tahu, tak ada tempat lain selain Allah yang boleh saya bergantung. 

Dengan sedikit simpanan tabung haji. Saya keluarkan kurang lebih 12k. 

Saya mula cari cari travel agensi. riki2 yang mana harga yang affordable, yang saya mampu. Saya search kat instagram. Ambil masa untuk buat keputusan nak pergi tu tak lama pun. Sebab masa tu saya rasa saya macam dah takde soul, life saya sekadar pergi kerja, balik kerja nangis, nak tido nangis, lifeless. Saya dah takde semangat nak hidup. Sakit ya dikhianati. Saya rasa macam jiwa dah mati. bila dah heal ni. rasa malu pulak nak cerita balik. Haha.

Bila saya mula start riki2 tu, fyp reels saya penuh dengan video2 kaabah, madinah, mekkah dan vibes2 islamik. rasa macam ya Allah. Rindunya. Tak pernah sampai. Tapi rindu. Pelik kan? 

Saya tak pernah terbayang saya akan sampai ke mekah sebelum masuk tiga puluhan. Sebab saya tahu tahap kewangan saya. bukanlah gaji T20 
Dan saya bukan dari keluarga yang senang. So, saya kena usaha keras untuk dapatkan apa yang saya nak.

Memetik kalam Allah, inna maal usri yusra (sesudah kesulitan akan datang kesenangan) . Allah hadirkan air mata sebab Allah nak bagi saya hadiah ni rupanya. Terima kasih Allah. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
4 disember 2022 
saya mula pm travel agensi yang saya pilih. 

kriteria yang saya pilih :-

1. by harga (kemampuan saya tahap mana) tapi saya tak pilih yang murah sangat sebab saya takut jauh dengan masjid. satu lagi sebab saya takut kena scam. duit saya dah lah ada banyak tu je. haha. 
2. by review2 orang kat ig, fb, google. jarak hotel ke masjid, berapa hari, (nak senang, saya masuk je group umrah kat fb, pengalaman orang tunai umrah)
Ada satu lagi kriteria biasa orang pilih, penerbangan direct atau transit mana2 negara. ( Biasanya kalau direct, harga pakej lebih tinggi sikit. kalau transit murah sikit.) 
Lagi satu biasanya orang akan riki nanti masuk mekah dulu atau madinah dulu. Kalau masuk mekah dulu boleh buat umrah dulu lepas tu baru ziarah ke madinah. 
kalau masuk kota madinah dulu, maknanya kta ziarah dulu la. lepas beberapa hari kat madinah baru kita pegi mekah untuk umrah.
Kalau orang yang dah berusia sikit, ada rezeki lebih, boleh pilih pakej yang masuk mekah dulu. Sebab nak tawaf dengan saie tu pakai kudrat. Masa tu pun kita baru sampai kan, so kita masih banyak tenaga. tapi kalau masuk madinah dulu pun okay je, kalau penat nak tawaf dengan saie. sekarang kan dah ada scooter. duduk je atas tu. hehe 

Saya pilih transit di negara lain dulu dan saya masuk madinah dulu. Insha Allah kalau belia ( macam kita) ok je kalau transit pun. Masih banyak energy. 


3. by tanya tanya orang yang dah pergi. kawan2, sedara mara @ kenalan2. dorang pergi dengan travel agensi apa senang tak nak urusan, dorang jaga tak kita kat sana.
(saya kena cerewet sebab saya tak pernah pergi luar negara sorang2) 

ya, saya pergi sorang. tanpa siapa siapa. Nak bawak diri. Takut jugak tapi nekad lebih tinggi. 

7 Disember saya bayar deposit. 
Dapat itinerary. Masa dapat ni rasa macam dah selangkah ke mekah. perasaan tu macam ye tak niii i nak pergi mekah ni. dosa dah lah banyak haaa camtu. nanti kang tak nampak kaabah. ( tulah, sape suruh baca mastika) Haha. Bila dapat resit deposit tu rasa macam ni memang dah confirm dah ni. tawakkal jela Allah jaga kat sana nanti. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya bayar baki bayaran tu lambat jugak takut kena scam. Haha. So, mula dari hari tu saya siapkan preparation. 

jaga ibadah( tapi sampai sekarang, dah balik pun saya masih usaha membetulkan hidup)
tips : saya beli satu buku nota kecil. buku untuk saya tulis doa doa yang saya nak baca. cari doa2. tampal la banyak2 dalam buku tu. (Nanti saya share kat post lain doa apa yang saya tulis dalam buku kecik saya) 

beli barang preparation - saya search kat ig je. Dia pesan jangan bawak baju banyak sangat. Nanti nak bawak balik barang lagi banyak. Betul rupanya, luggage saya paling berat. Hahah. (kat pos lain jugak saya cerita berapa baju saya bawak)

siapkan segala dokumen(passport, cek sekatan imigresen, ambik gambar passport) pastu visa saya pakai visa tourist (yang ni travel agency yang uruskan. 
dan download apps Nusuk (apps ni cari kat googleplay untuk kita booking slot nak masuk Raudhah nanti)biasanya group leader travel agensi yang akan guide nak isi form ni nanti. 

pergi cucuk meningococcal vaccine
trace tarikh last period
beli ubat2. 

11 Januari 2023 
Saya mohon cuti umrah. Majikan bagi 7 hari cuti umrah. Kemudian yang lebih tu kena sambung cuti rehat. (tak termasuk sabtu ahad)so saya ambik cuti dalam 9 hari sahaja. 7 cuti keagamaan / 2 cuti rehat. Lepastu kena isi hrmis untuk permohonan keluar negara . Kena kelulusan ketua jabatan. Kena mohon awal sikit sebab biasanya lagi jauh dia pergi lagi lama nak dapat approval. 

12 januari 2023 
Saya bayar full payment. pastu pergi ofis travel agency untuk ambik beg bagasi. (yang ni kita dah bayar sekali dalam pakej ) 

14 januari 2023 
Saya pergi kursus umrah. 
Kursus umrah ni kita boleh pergi free je. nanti tengok2 iklan kat fb, ig... Biasanya travel agensi akan update dorang buat kat mana. lagi satu kan, kita jugak boleh pergi tak kisah mana2 travel agensi. contoh nak pergi kursus anjuran tabung haji ke, travel agensi b ke c ke. boleh je. ilmu tu memang free. Kalau untuk first timer memang saya suggest pergi sebab kita memang takde experience. Dari pengalaman diri sendiri.

25 januari 2023 
Pihak travel agency buat zoom meeting untuk ceritakan gambaran ringkas journey umrah kita ni bagaimana. dari hari first sampai hari kita balik. 

29 Januari 2023 
Zoom meeting sekali lagi dengan ustazah untuk bab permasalahan wanita. (haid, cecair2 yang keluar, batal ke tak wuduk etc etc. ) Yang ni paling penting. Sebab ibadah kan. tak boleh buat main2. kena jujur betul2.

Awal febuari 2023..... Akhirnya.. Saya berada di bumi mekah. Hadza min fadhli Rabbi. <3 









Tuesday, 15 March 2022

Contoh Surat mohon balik imbuhan tetap perumahan Dan bayaran imbuhan sara hidup

Nama anggota
Alamat anggota
_____________________________________________________________________________________________________
                                                                                                                                           Tarikh : 15 Mac 2022

Permohonan bayar balik imbuhan tetap perumahan dan bayaran imbuhan sara hidup

Merujuk kepada perkara di atas, 

Saya ..................... bertugas sebagai ............... ingin memohon bayaran balik imbuhan tetap perumahan dan bayaran imbuhan sara hidup bermula 01.02.2021 hingga 28.02.2022.

Tujuan permohonan ini dibuat adalah kerana saya telah berpindah keluar dari kuarters yang beralamat di ................  dan menduduki rumah sendiri di alamat ......................... dengan kelulusan ketua jabatan.

Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan dari pihak tuan.

Sekian, Terima kasih.





..........................................................
(Rf  199999 Muhammad ..............................)



Disclaimer : ni contoh je ya. Saja save Kat sini. 

Wednesday, 2 June 2021

Lin masak tauhu telur sos tiram

Bahan

Tauhu telur 
Tepung jagung

Bawang putih
Sos tiram
Garam
Air
Sayur bunga kobis
Carrot
Cili merah 

Cara2:

Gorengkan tauhu yang dah disalut dengan tepung jagung. Dah siap. Asingkan. 

Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan sos tiram. Masukkan sayur sayuran. Masukkan air tepung jagung. Masukkan cili (kerat dua). 
Masukkan tauhu yang dah digoreng tadi. 
Letak garam sikit. Done. 

Sunday, 14 March 2021

Untuk Lin

Apabila kita mendekati Allah sejengkal, Allah akan mendekati kita sehasta.

Apabila kita mendekati Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa.

Apabila kita pergi kepada Allah secara berjalan, Allah akan datang kepada kita secara berlari.

Setiap perkara yang Allah berikan kepada kita adalah berdasarkan setiap tindakan yang kita lakukan.

Kita tidak akan dibebankan dengan tanggungjawab atas tindakan orang lain. 

Allah tidak akan hantar beban yang lebih berat berbanding keupayaan kita untuk memikulnya.

Kita juga tidak akan dibiarkan sahaja mengaku beriman, tanpa diuji. 

Dan apabila kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat kepada kita.

Tidak ada satu pun nikmat daripada Allah yang dapat kita nafikan.

Tiada Tuhan selain Allah, Maha Suci Allah.
Sesungguhnya segala beban yang kita rasakan terlalu azab dalam hidup ini berpunca daripada kita yang menzalimi diri kita sendiri.

Ingat, Allah tahu secara mendalam dan terperinci tentang setiap perkara yang kita lakukan.

Masakan tidak, sedangkan sehelai daun gugur di bumi pun tidak terlepas daripada pengetahuan Allah.

Maka berbisiklah, mintalah daripada Allah. Dia sentiasa dengar, kerana Dia berada sangat dekat dengan kita. Malah lebih dekat daripada urat nadi yang ada di leher kita.

-

Semua ini Allah sendiri yang kata. Bukan kata-kata ciptaan saya.

30 Hari Menuju Ramadhan.

Nak jadi muslimah yang berusaha menuju redha Allah

Dunia memang tak sempurna. Tak mempunyai kesempurnaan emosi. (itu saya) 

Bila orang cerita tentang kecantikan, selawatlah. Bila orang kata kita tak cantik, selawatlah. Itu Allah yang bagi. 

Bila orang kata kita tak berjodoh. Orang duk sibuk sibuk kata kita tak de orang nak, selawatlah. Kita je tau. Kenapa kita tolak. Setiap sesuatu yang terjadi, semuanya Allah yang aturkan.

Bila kita tak kaya, kita fahamkan definisi kaya menurut agama. Bukan semua orang atas dunia ni bernasib baik. Bukan semua berjodoh dengan orang kaya kaya. Selawatlah. 

Ya Allah. Lindungilah saya dari penyakit hati. Ingatkan aku sentiasa ingat akhirat. 

Allahumma solli ala saidina muhammad. 

Monday, 21 December 2020

Lin Masak Lontong

Sediakan bahan2

Santan
Ikan bilis
Bawang merah
Sengkuang
Carrot
Tauhu petak
Tempe
Kacang panjang
Serbuk kunyit
Suun 
Fucuk
Bunga kubis

Masukkan air
Masukkan bawang merah yang dah di blend dengan ikan bilis. 

Masukkan kiub ikan bilis
Masukkan santan
Masukkan kunyit

Kacau kacau... 

Masukkan sayur carrot, 
Kacang panjang 
Sengkuang
Tempe yang dah digoreng 
Tauhu yang dah digoreng 
Bunga kobis

Bila sayur dah masak, 
Masukkan fucuk dan suun. 

Siap. 

Buat sambal dan rebus ketupat. Siap! 



Thursday, 13 August 2020

Sujud Syukur.

Q1. Bila waktu disunatkan sujud syukur?

1. Bila peroleh anugerah
2. Bila terselamat dari musibah. 

Q2. Cara Sujud Syukur. 

1. Niat
2. Takbiratul ihram
3. Sujud (sekali sahaja) 
4. Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam. 

Q3. Doa sujud syukur 

Sajada wajhialil lazi khalqahu, shaqqa sam ahu wabasoru bihaulihi wa quwwa tihi, fataba ra ka llahu ahsanul khaliqin. 

Q4. Syarat Sah sujud Syukur

1. Wudhuk
2. Menghadap kiblat
3. Menutup aurat
4. Suci pakaian dan tempat sujud. 

Kredit : siraplimau 

Note; untuk Lin. 

Sunday, 3 May 2020

Resepi Kek Bakar Lejen

Hi, Assalamualaikum
Salam Ramadhan semua. Hari ni dah masuk 11 Ramadhan 1441.

Nak Share resepi kek bakar. Kek ni lagi best kalau pakai oven bulan atas dapur tu. 

Ni resepi. 

2 cup majerin 
2 cawan gula (gula ni blend dulu) 
6 biji telur
Esen vanilla 
1 tsp baking powder
3 cawan tepung gandum 
 
Mula mula masukkan 2 cup majerin dan 2 cup gula. Pukul sampai jadi kembang. (Adunan jadi putih sikit)

Kemudian, masukkan telur. Pukul lagi sampai sebati, kemudian, masukkan 2 titis esen vanilla. 

Kemudian ayak tepung gandum. Lepas tu masukkan tepung gandum sedikit dwmi sedikit. Masukkan baking powder. 

Bila adunan dah sebati. Masukkan dalam loyang dan boleh bakar. 

Bakar dalam oven legend antara 45 minit ke 1 jam. 

Siap. 

Monday, 9 March 2020

Sunday, 8 March 2020

Catatan Peribadi #3

Dah tiba masa berubah jadi insan yang lebih baik.

Kecewa dengan manusia, serabut, kucarkacir dan tak tenang membawa saya ke sini. Masjid.
Kuatkan saya ya Allah, untuk tinggalkan apa yang menyerabutkan kepala saya. Ya Allah, kuatkanlah hati saya. Jangan biarkan saya sorang sorang ya Allah.

Sedang saya menaip, tertangkap kata2 ustaz.
Untuk cari ketenangan.

Baca Alquran.
Cari makna ayat.
Baca tadabbur.
Dan amalkan.
Insha Allah jumpa tujuan hidup.
Ketenangan. 
Datang la ke masjid
Sebab masjid ni tempat yang dimuliakan Allah.

"Datanglah masjid, tak lama. Lebih kurang dua jam je. Tapi dapat ketenangan, jumpa jalan hidup"

Jangan menghina tempat yang dimuliakan Allah. Jangan bising kat masjid macam kat pasar. 

Sekali lagi Allah menjawab doa saya tanpa lewat sesaat.


March 7, 2020 // 20.07 hrs. //Masjid Sikamat Seremban. 

Monday, 17 February 2020

Catatan Peribadi 2

Tanpa pembuka

Entah kenapa, rasa untuk ke tanah suci tu sangat sangat kuat sehari dua ni. Allahu. 
Sampaikanlah aku ke sana dalam tahun 2020 ni. Amin ya mujib. Ya razzak, ya fattah, ya muhaimin. 


Saturday, 15 February 2020

Catatan Peribadi

Aku tak pasti, bagaimana harus aku lakukan untuk benar benar ikhlas.

Allah, 
Seringkali anggota jasadku memujuk sesama sendiri. 
Untuk sabar dan bertenang. 
Untuk rasa lapang dan tersenyum senang. 

Allah, 
Tak aku sangka, 
Perpisahan ini terlalu drastik. 

Bukan salah mereka--
Salah lakuku yang melampaui, 
Hingga tercerai kita menjadi dua. 

Allah, aku betul2 memerlukan dia yang baru untuk menutup compang camping aku ya Allah. 

Ya Allahu ya Rabb. Bantulah aku. Tolonglah aku. Sakit ya Allah. 

Thursday, 6 February 2020

Satu - 2020

Bismillah. Dengan nama Tuhan aku mulai.

Tanpa pembuka dan penutup,
Allah, saya kadangkala give up dengan kehidupan. 


Mengejar kerjaya. 
Mengejar jodoh.

Tuhan. Kadangkala saya jatuh. Tak tersandar di mana2 selain Tuhan. 

Air mata saya menitis. Perlahan tapi sukar untuk berhenti. Hati saya sakit, pedih, letih.

Tolonglah saya ya Allah. 

Saturday, 14 December 2019

Saturday, 23 November 2019

Sekeliling yang malap

Ini bukan cerita. Bukan luahan. Cuma, nak dipendam takut membarah, takut terhakis rasa terima kasih pada Allah. Takut terpadam syukur. Terbit kufur nikmat. Nauzubillahi min zalik. 

1. Ada orang, perjalanan hidup dia smooth. 

Grad, sekali interview terus diterima kerja, beli kereta dan kahwin. Semua Allah bagi dalam tahun yang sama.

2. Ada orang, (yang sekapal dengan aku) 
Lepas grad tak dapat kerja, bila dapat kerja tak sama bidang masa study, gred lebih rendah dari kelulusan. 

Allah hantar dia, untuk menguji aku. 
Aku kena ok. Aku kena redha dengan jalan hidup aku. Aku kena hadap susah tu. Mungkin nanti, memudahkan jalan kesyurga untuk aku. Bukan soal dengki, cuma tertanya, apa amalan yang memudahkan dia. Perjalanan smooth sebegitu.

Aku cuba untuk jadi lebih baik. Tapi aku tak mampu nak jadi betul betul baik. Aku bertatih. Kadang2 lost. Aku balik semula. Kumpul semangat. Walaupun hati aku ni macam dah rosak. Aku cuba jugak. Tolonglah allah. Mudahkanlah langkah aku. Jangan bagi aku putus asa. 

menuju 2020 #3

Bismillah. Dengan nama Tuhan yang pemurah lagi maha penyayang. Dah lama aku tak luah apa yang aku rasa. Sibuk dengan dunia. Sibuk dengan menyusun takdir.
Walau hakikatnya Allah yang maha berkuasa menggerakkan sesuatu dan semua yang berlaku.

Sekarang, hidup makin stabil. Alhamdulillah. Walaupun jauh dengan keluarga tapi yang jauh hanya jarak, bukan kasih sayang. Berjarak masa setiap 14 hari. Aku pulang ke tempat asal. Alhamdulillah. Allah mudahkan.

Dua achievement unlock. Kerjaya dan move on. Kedua duanya aku kirakan sebagai turning point untuk mula semula kehidupan. Another plan for next step .

Mungkin jarak ini menjadi stepping stone kepada apa yang aku susun dihadapan nanti. Cuma, kita hanya merancang tuhan yang menentukan. Alhamdulillah, jika direzekikan umur dan kesempatan, tak lama lagi aku dapat Baby A. Terima kasih Allah yang maha pemurah. Kurniakan saya baby A.

Insha Allah, bila kerjaya dah stabil. Ada baby A, pindah rumah. Semoga Allah sentiasa bagi saya petunjuk apa dan bagaimana untuk saya mengurus kehidupan sendiri. Misi mencari jodoh. Tapi sebelum jodoh, ada benda besar yang saya perlu lakukan.

BERUBAH. Nampak senang, tapi istiqamah itu susah. Untuk mendapat jodoh yang baik, saya yang terlebih dahulu mesti menjadi baik. Ini bukan pilihan. Ini satu kemestian. Mungkin penghijrahan tasha menjadi inspirasi saya.

Sept 2018, lin.Jbu-My

Tuesday, 19 November 2019

Menjelang 2020 #2

Tentang patah hati.


Tak tahu nak meng-awali tinta ini bagaimana, tapi saya cuba. Bulan ke tujuh, tahun ke duaribu-lapan belas. Hati saya diusik  oleh seorang insan. Tapi, ini berlaku diluar kesedaran, di luar kawalan hati saya. 

Saya mulai dengan apa yang berlaku dalam tahun duaribu-lapan belas. 

Bulan pertama, saya masih insan yang tanpa putus asa mencari pekerjaan. Tuhan mendengar rintih doa saya. Akhirnya saya berjaya dalam satu temuduga. Alhamdulillah. Saya mula bekerja pada suku kedua, tahun yang sama. 

Saya dihantar ke daerah asing, jauh dari orang orang yang saya kenal, dengan memulakan rutin asing, tinggal bersama orang-orang asing. 

Saya seperti sebuah kapal. Ditengah laut, saya lah nahkoda, saya juga anak kapal. Tak pernah seumur hidup saya, begitu jalannya. 

Penguat saya saat itu? Keluarga dan Tuhan. Juga satu dua insan. Semuanya hanya boleh dihubungi dengan telefon. Bukan berdepan. Kecuali Tuhan, Allah yang maha satu. 

Bulan ke tujuh, saya mula berkawan. Hanya niat berkawan, dia ok dan saya ok. Tak pernah terfikir pun untuk ke perkahwinan. Ini hakikat. 

Bila saya hilang tujuan, bermual bulan ke tujuh dia ada sebagai kawan. Dia(ada), seperti seorang yang (akan ada dengan saya) bila saya jatuh. 


Persahabatan kita hanya bertahan sehingga november, pada bulan kelahiran saya, bulan sebelum terakhirnya bulan menuju 2020. 

Seperti satu hakikat, yang dah konkrit tertulis, kita tak lagi sesuai bersahabat. 

Selamat tinggal (m). 

Ini fasa pembersihan hati-
Yang di atur ilahi.

Demi tuhan, saya redha. 



Monday, 18 November 2019

Menjelang 2020 #1

Aku awali dengan bismillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Kurang lebih dua tahun aku tak menulis kat sini. Entah sibuk tentang apa. 

Tapi aku rasa tiba masa aku kembali kat sini. Diam dari laman lain. Ini hidup aku. 

Privasi aku. 

Tanpa banyak cakap, saat ini, aku mulai. 

Aku kembali. 

Wednesday, 4 April 2018

Letakkan Dunia Di Tangan, Di Hati Jangan Karya Lutfi Lokman #ReviewBuku2018

Beberapa hari sebelum, aku melihat hantaran di mukabuku oleh Tuan Lutfi Lokman. 'Letakkan dunia di tangan, di hati jangan.' Sejujurnya, dengar tajuk sahaja pun buat aku tertarik, belum lihat kulit bukunya lagi. Melihat hantaran di mukabuku beliau. Ada promosi. 
Jadi, aku beli. 

Seperti apa yang aku jangkakan, isinya bermanfaat. Nasihat secara santai. Bukanlah bacaan berat. Sesuai untuk pelbagai golongan dan peringkat umur. 

Aku perasan dalam buku ni banyak amalan yang kita rasa kecil tapi habis semua kita tak buat. Bukan tak tau kalau buat kita dapat pahala. 

Contoh, baca bismillah sebelum buat sesuatu. 
Kemudian, bangun pagi apa patut kita buat dulu. 
Yang selebihnya, dah beli nanti bacalah sendiri. Uhuk. 
Nasihat aku, kau belilah sebanyak mana buku-buku nasihat. 

Kalau bukan sekarang kau mulakan tindakan, sekurangnya saat kau mula melangkah, ilmu mengiringi kau. Nasihat-nasihat inilah buat kau semangat. Bila jatuh, kau kenanglah balik semua kisah-kisah yang dah kau baca. 

Belajarlah dari pengalaman sendiri dan orang lain. 
Kalau orang dah sampai kinabalu pun. Tenanglah walaupun kau baru nak pakai selipar. 
Dah pakai selipar jalanlah, naik kinabalu. 
Begitulah. 

Kau (dibaca: aku) 

Amende nak nasihat orang. Aku sendiri pun jalan tak betul lagi.



Pelukis Jalanan Karya Teme Abdullah. #ReviewBuku2018

Sebenarnya sudah lama saya khatamkan buku ni. Tapi baru hari ni tergerak hati menulis panjang lebar.

Buku pertama saudara Teme Abdullah (Pelukis Jalanan) telah saya khatamkan hujung tahun lepas. Kali pertama membaca Pelukis Jalanan, saya rasa sedikit 'rugi' (bukanlah bermakna saya menyesal) sebab tak sambung Ijazah.

Tapi, sebagai manusia, saya faham, kita cuma mentadbir ( tetap bergerak dalam kawalan Allah), tapi Allah yang mentakdir. (Luar kawalan manusia).

Mungkin Allah nak ajar saya tentang redha dan selesa walau tak diberi. Alhamdulillah.

Saya bersyukur. Allah simpankan doa saya dan dia bagi rezeki dari sudut lain. 

Beberapa point dalam buku ini membuka mata saya, 

Pertamanya tentang sebuah pilihan. Pilihan yang kita buat. Belajar tanggung risiko, keluar dari comfort zone dan terbanglah kemana takdir membawa kita. 

Kedua, silaturrahim antara Teme dan Ahmad. Ada orang pesan pada saya, kalau nak berjaya kena jaga dua benda, Hablumminallah dan hablumminannas. 

Saya melihat kasih sayang antara dua sahabat ni. Saling menjaga, bila keluarga jauh dari jasad dan pandangan mata. 

Ketiga, tentang hasil kerja yang di sabotaj, mengingatkan saya tentang nasihat dari pakcik tempat internship saya. 'Bukan semua orang sukakan kita, ada yang benci kita tanpa sebab. Ada yang tikam belakang.' Benarlah. 

Ke empat, yang saya lalui sekarang. Bangkit setelah jatuh berkali-kali. Saya nyaris-nyaris putus asa. Mujurlah Allah masih sayangkan saya. Allah hantarkan macam2 buku (dan insan2) sebagai pesanan dan kekuatan supaya saya bertahan untuk sedikit waktu lagi. 


Banyak lagi point berguna. Tapi cukuplah sampai sini sahaja.

Akhir kata, Terima kasih Teme Abdullah untuk buku berkualiti ni.