Terdetik dihati untuk menjadi seorang yang berkelainan.
Harus di ingatkan, perjalanan juga tak sama likunya seperti sebuah persamaan. Kesamaan
dan ketidaksamaan, keduanya satu fasa penempuhan dalam perjalanan. Perbanyakkan
soal dan mencuba. Perlu tapis untuk percaya. Tak boleh membabi buta.
Dipertikai tentang pro dan kontra sebuah pilihan sehingga
kedua sisi kebaikan kini sepi dilupakan. Jawapan dibiarkan layu, diam sehingga bila dipamerkan kebaikan
dikatanya tak mahu. Yang zahir ditunjuk jelas walau perasaan diberi tak pernah
berbalas.
Meninggalkan yang pernah tertanda kesayangan. Tak mudah untuk pergi walau dengan pesan.
Semoga akan tiba, saatnya segala kebaikan dihargakan.
post asal 10/10/2016
kalamcaliph15@gmail.com.
No comments:
Post a Comment