Kebelakangan ni lebih tepat jika aku kata banyak benda yang aku fikir dan
banyak juga benda yang melibatkan hati .kalau manusia takde hati .macam mana
lah kan ? . tersenyum sendiri .sayu bila fikir .besarnya anugerah yang Allah
bagi pada kita .
Pernah satu masa dulu , hati rasa remuk jiwa kacau je .sebab?
‘dulu aku jahil’ .bercinta bagai . takde faedah langsung .
Okaylah .terlebih intro . jom kita kenal jenis hati
Qalbu makna pertama
Qalbu lahir
atau dikatakan hati kasar iaitu seketul daging sebesar segumpal tangan terletak
didalam dada sebelah kiri manusia. Hati jenis ini berongga dan tempat mengisi
dan mengepam darah menjalar keseluruh urat saraf manusia, hati ini memang dapat
dilihat, dijamah dan dikerat dan dibelah dengan pisau, ia akan hancur dan busuk
berulat bila ia mati. Hati jenis ini terdapat pada jenis haiwan-haiwan yang
tidak berakal yang mana tidak ada nilainya sedikit pun pada sisi Allah S.W.T.
Qalbu
dengan makna yang kedua
Hati batin
atau hati halus atau hati seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan
tidak dapat dijamah oleh tangan dan tidak dapat dikerat dengan pisau, tetapi ia
dapat dirasa oleh pengakuan batin sendiri tentang wujudnya dan ia itu ialah
suatu kejadian yang latifah rabbania atau yang dapat kita bahasakan dengan hati
halus atau hati seni kejadian tuhan yang rohani. Hati ini berhubung rapat
dengan kerja-kerja hati kasar tadi, perhubungan kerja diantara keduanya itu
ialah suatu perkara yang tidak dapat diterangkan oleh otak doktor jenis manusia
kerana hati batin umpama ini datang dari kejadian alam ghaib dan hati kasar
adalah dari benda-benda alam kasar ini, bandingannya ialah hati batin itu
laksana raja pemerintah dan hati kasar itu laksana raja tempat ia bertakhta dan
anggota-anggota lahir umpama kaki, tangan dan sebagainya laksana rakyat jelata.
Ia akan patuh kepada perintah raja, hati jenis ini tidak akan busuk, berulat
dan tidak akan hancur buat selama-lamanya bila tubuh bercerai dengan nyawa (ralai).
Dialah yang akan menemui alam akhirat, dialah yang merasa bahagia dan berasa
celaka dunia dan akhirat. Dengan hati latifah rabania inilah maka hati kasar
(jantung) itu dapat hidup dan berdenyut, ia mempunyai ta’aqul dan juga
sifat-sifat ma’ani dari semenjak ia dijadikannya di alam arwah yakni sebelum ia
bercantum dengan alam kasar ini. Ahli-ahli falsafah dan tassawuf adalah
sependapat dan menakan hati jenis ghaib itu jauhar mujarat yakni ia bukan dari
jenis benda-benda jirim atau ‘arad. Bahkan ia atau zat nya dapat berdiri
sendiri dan terkaya daripada tubuh badan kasar, hati dengan makna yang kedua
inilah hakikat kejadian manusia yang mempunyai tanggungjawab kepada tuhan
didunia dan akhirat.
Nak baca lebih banyak lagi . tekan .sini (link entry note tu )
Ps : terima kasih pada kawan
facebook saya sebab tag note pada saya . sebenarnya dah lama dia tag pada saya
. baru sekarang hati terbuka nak buka semula semua note-note .dan saya harap kawan
facebook saya tu tak kisah saya share entry ni dengan kawan –kawan saya yang
lain .semoga ada ganjaran pahala untuk kawan saya (yang tag pada saya ni )
No comments:
Post a Comment