Allah uji sebab dia sayang kan ?
Minggu ini sama seperti minggu –minggu sebelumnya . minggu
kedua meneruskan pengajian dan minggu kedua puasa .
#01 : hidup berdikari . ehh macam lah kecil lagi nak duduk
bawah ketiak emak . dah besarkan .sama macam aku . pada setiapnya perlu untuk
tidak lagi mengharapkan seratus
peratus pengharapan itu kepada si ibu dan ‘carta hati ‘ yang saya sayang
#02 : Allah dah aturkan yang terbaik untuk hidup kita .bukti
setiap kesusahan dibalas dengan kegembiraan . mulanya hati ingin menangis
.belum sempat air mata jatuh telah Allah kurniakan kebaikan dan kegembiraan .
cukup unik jalan yang Allah tetapkan untuk aku . Alhamdulillah . syukur Ya Rabb
.
‘ mengharapkan Allah mengampunkan setiap kesalahan dan dosa
aku :’)
Duabelas ramadhan satu ratus tiga puluh tiga hijriah . Aku
diuji lagi . mungkin ujian ini kecil kerna Alhamdulillah aku masih mampu untuk
menguruskannya .Terima Kasih Allah .
#hari ni aku interview untuk pelajar tamat latihan industry .
dan ya aku dapat interview dengan lecturer (pensyarah ) yang agak cerewet bagi
aku . dan ya .pada setiapnya aku memerlukan kesabaran yang tinggi .jangan hanya
pandang kelemahan aku . interview ini seperti
yang pernah aku alami dulu . bisa buat hati menangis . tapi kata hati juga itu
biasa , hanya mainan kehidupan yang setiap orang perlu lalui . mungkin cara
sahaja yang berbeza . terdetik pada hati mungkin cara aku salah .
Final report yang aku taip dua hari tanpa henti tu dibelek
berkali- kali .dan katanya report tak perlu terlalu tebal .sebelum praktikal
suruh buat tebal tebal .dah balik tak kasi buat tebal-tebal .eh ?? apekah ?
Aku : awak saya kena
baiki report ni lah
Si kawan :kena baiki
apa ?
Aku : muka depan tak
letak jurusan
Si kawan : tu je .?
Aku : haah
(selebihnya aku kira
tidak penting )
K. aku kena baiki report .bagi aku itu tak penting. Sebab yang
salah bukan benda penting , Cuma tak letak jurusan . hati sedih .serius .
kesalahan kecil yang bagi aku jadi beban memandangkan tarikh akhir hantar
report tu dua hari dari sekarang .
Kata hati , biarkan , sabar .Allah tak tengok report kita tu
lengkap atau tak .tapi Allah tengok cara kita berusaha untuk siapkan report tu
. walau hati memujuk .tetap juga rasa sedih .dan bila redha semua jadi indah .
Akhirnya aku ikut jalan yang dah ditetapkannya Allah ..jangan
merungut .jangan membantah ,Allah tak suka kan ?
Setiap jalan berliku yang aku lalui tetap juga Allah
membantu , bermula lah hidup di dunia .mungkin detik sebelumnya aku jahil
,tidak mengerti hidup .sekarang ? Aku cuba untuk lebih mengenali semua .
Kawan : lecturer awak
cerewet tapi bos kat firma awak bagi markah tinggi kan ?
Aku : bolehlah . (malu
nak cakap tinggi .haha )
#Allah ajar aku lagi . dulu dia bagi senang sekarang bukan
susah Cuma kena usaha lebih .
#03: Allah ambil apa yang kita sayang dan beri apa yang kita
perlu .Ya Rabb , betapa ajaibnya kuasa Kau Ya Allah .
Barang disayang hancur . tapi bila redha Allah bagi yang
jauh lebih baik daripada itu . untuk menutup kesedihan atau keperluan untuk
hari mendatang .jawap aku , entah . biar masa menjawap .
#04 benda yang paling mengembirakan
Benda yang buat aku rasa tenang .bila aku dekat dengan Allah
. dan ya lebih mengembirakan bila kita tak rasa keseorangan . dalam islam tak
ada istilah ‘forever alone ‘ okay ? .Allah mengabulkan doa kita .Alhamdulillah
.
Bila aku hanyut dalam dunia yang lalai Allah tarik aku
semula .bila fikir fikir .malu pada-Nya kan ? tapi Aku tahu Allah dah aturkan
yang terbaik untuk aku .
p/s : esok saya ada public speaking untuk course architecture
communication .doakan saya ye (sambil kenyit mata ) *tolong jangan kenyit mata pada
saya .hehee . .takot tergoda .haha
*bersangka baik lah pada Allah *
No comments:
Post a Comment