Hari ini sama seperti hari-hari sebelumnya . tapi hidup
tetap perlu diteruskan . segala yang tersimpan tetap cuba diurai . diurai
sampai usai .sampai satu masa manusia kenal semua benda manusia jumpa apaa yang
dicari .
Sudah dibilang banyak kali agar manusia bersyukur dengan apa
yang dia dapat ,apa yang diperoleh dan apa yang ada pada dia . tapi kenapa
manusia lebih gemar untuk melihat kesempurnaan orang lain berbanding
kesempurnaan diri sendiri . sudah dibilang agar buka mata lebih luas tentang
itu ,tapi jawapnya tetap sama . Manusia lebih suka melihat kelebihan dan
kesempurnaan orang lain ber banding melihat kesempurnaan diri sendiri .
Bukan di suruh untuk menjadi manusia yang sombong dengan
kesempurnaan diri sendiri tetapi berpada padalah di setiapnya .
Tak perlu untuk diungkap kepada orang lain .ungkap sahaja
kepada diri sendiri .
“kalau aku macam dia kan best ‘
Kamu boleh kata seronok jadi dia kerana dia kelihatan macam
tak pernah bermasalah . tidak macam diri sendiri yang sentiasa bermasalah .
Yang engkau tak tahu dihatinya mungkin ada seribu satu
masalah yang mana engkau belum tentu dapat menyelesaikan masalah tersebut atau
tidak .Setiap orang diuji dengan cara yng berbeza beza .berhentilah melihat
kelebihan orang lain .
*stop*
#01 : kehidupan bukan satu perjudian . ia Cuma satu proses
pembelajaran yang mana sesetengah manusia kurang berminat untuk apa yang
dilalui . itu ujian . jangan mengeluh dan jangan berdukacita .Allah sentiasa
bagi pertolongan kan . Allah tak pernah mungkir janji dengan hamba dia kan .
#02 : buang jauh jauh rasa macam tu . ingatlah masa depan
milik Allah , apa yang ada sekarang belum tentu menjadi milik kita selamanya .
#03 : Allah tak akan membebankan kita kecuali menguji
hambanya dan itu satu petanda bahawa Dia
sayangkan kita .
No comments:
Post a Comment