Monday, 31 December 2012
muka surat terakhir 2012
masa . terus jalan . jalan dan jalan lagi . sampai satu detik , tiba apa orang kata . hujung waktu .
hujung waktu yang tak sapa tahu bila . semua jadi bila mana takde sesapa lagi yang ada kat dunia .
2012 . macam macam jadi . ada suka pun macam tu ade yang tak best . tak macam roller coaster , macam kete cable pun tak . bas rapid ? hmm . (fikir sekejap) ..pesen apa cakap pasal benda benda transport gini ?.
2012 -
pernah patah hati-
pernah putus asa -
pernah bermalasan tak bertempat-
pernah mulut bercakap laser ,
macam tak pandai nak jaga -.
dan pernah juga berdosa padaNya .
nak putar masa biar tak buat peel lagi ?
hey , memang mustahil .
apa yang boleh buat .
cuba jangan patah hati lagi .
cuba jangan putus asa lagi ,
cuba jangan bermalasan tak bertempat lagi,
cuba jaga mulut jangan bagi cakap laser lagi . diam lebih baik . mungkin lah ?
bab bab berdosa ni , aku cuba untuk jadi yang lebih baik ,
yang kurang dosa ,in shaa Allah .
umur makin meningkat .
nak jamin buat amalan masa tua nanti ?
jangan nak jamin sangat kita ni sempat .
-ni pesanan orang kat aku .
masa dulu ,
penggal pertama , lurus jalan dari Dia ,
mungkin aku yang tak pandai nak bersyukur .
aku bengkokkan jalan Dia .
tapi . tetap sama . Dia bantu aku , rempuh masa depan ,
sampai bila bila pun .
aku tetap macam ni .tak adanya nak jadi lain .
sikit sikit , lama lama . aku mula tahu , apa tu redha .
dari situ aku mula berubah ,
pada hati ada rasa aku diterima Dia , :')
masa ni . paling tenang aku rasa dalam hidup .
pesan orang -
suruh aku cari redha dari Dia , dari Allah ,
mula mula memang payah .
hati beku .
tapi last-last . Alhamdulillah .
mampu aku senyum lagi .
Allah tahu apa yang termampu untuk aku .
dunia yang aku lukis pada dinding lama ,
yang aku corak corak dulu ,
yang aku conteng conteng dulu ,
cuba garas biar tukar jadi yang baru ,
biar jadi lebih baik.
yang baru. yang lebih baik .
sapa tak mahu?
kan.
iklan : untuk satu waktu , jangan ganggu dunia saya sekejap .
sambung entry ---
selagi belum game over , masih boleh cuba lagi ,
tahun baru apa salahnya restart semula ,
masih ada peluang kedua ?
mungkin ada .
tetap ada .
akan ada .
-- :)
(29 Disember2012 )
tahun dua ribu tiga belas
aku mintak sangat dari kawan kawan aku ,
aku mohon agar kau orang pesan pada aku ,
andai aku mula nak jatuh ,
sedarkan aku dari lena aku ,
ingatkan aku Allah sentiasa dengan aku ,
bila rasa ranap hancur , tolong pesan pada aku ,
supaya yang paling utama cari Allah dulu ,
kalau aku malas belajar ingatkan aku ,
pada jalan yang aku lalu .
untuk sampai tahap paling tinggi untuk capai impian aku ,
sakit ,
perit ,
letih
yang aku dah lalu .
*banyak lagi aku nak cerita pasal duaribu dua belas ,
tapi,
mungkin tak perlu ,
mungkin takperlu jugak nak toleh belakang lagi .
so , selamat tahun baru kawan kawan .
azam baru . jangan tak ada :)
pada setiap doa . ada JAWAPAN dari Tuhan .
dan aku percaya :
- :)
Tuesday, 18 December 2012
semester baru - its the final countdown :)
makin lama kita makin dewasa . makin banyak kita belajar . seglanya makin makin dan makin kedepan .
selalu aku cakap aku tersalah buat pilihan dalam hidup ,tapi dah terang terang jalan yang Allah tetapkan , itu yang terbaik untuk aku ,
selalu mengeluh,selalu menangis .tapi Allah faham ,cuma mungkin kita perlukan sedikit kekuatan untuk terus melangkah .kan ?
sama macam aku . in shaa Allah semester ni semester terakhir aku . dan lepas ni dah nak bergraduasi .
belajar , bukan sesuatu yang nudah . ada liku-liku . hati ? jangan cakap lah . tapi demi satu yang kita tuju , semuanya diamkan ,
dalam sem baru ni . semangat pun kena baru . tak boleh malas malas dah sem ni .
dengan penuh harap aku nak berjaya ,
aku berusaha ,
Allah yang tentukan .
“Oh Allah, when I lose my hopes and plans, help me remember that your love is greater than my disappointments, and your plans for my life are better than my dreams.”
— Imam Ali ibn Abi Talib (a)
selalu mengeluh,selalu menangis .tapi Allah faham ,cuma mungkin kita perlukan sedikit kekuatan untuk terus melangkah .kan ?
perancangan Aku bukan yang terbaik ,
dan bila aku rasa aku salah buat pilihan .
Allah still ada on my way ,
serius ,
aku tak tipu .
sikap ,
manusia biasa macam aku ni ,
ada jugak turun naik statistic malas dia ,
tapi semester ni kena kuat .
ni penentu masa depan kan ?
*senyumkan*
pesen belajar ikut mood dah kena buang ,
nak taknak ,
kerja mesti kena jalan .
and yess . semangat kena kuat .
family support ,
semua cakap aku boleh berjaya ,
sedangkan aku pun dari golongan biasa biasa saja ,
salah silap aku yang dulu mungkin boleh untuk aku berubah ,
, mestilah kearah yang lebih baik .
yang paling penting cari redha Allah (dia cakap )
aku harap korang semua doakan aku berjaya .
doakan aku kuat semangat
doakan aku pandai berdikari .
doakan duit scholarship aku cukup sampai akhir sem .
ehh - .
lastly , maafkan aku kalau ada salah silap . aku nak jadi #new lin . bior berjaya . :)
Saturday, 10 November 2012
weekeend gua . :)
semalam fikir dua tiga kali ,
nak balik ke tak,
nak bali ke tak ni -
nak ke tak ?
kerja banyak-
boleh siap ke ?
kalau tak faham ,
nak tanya sape .
eh -
eh . setiap masalah ada jalan penyelesaiannya .
yedak ?
akhirnya dengan semangat yang jitu ,
gua kemas beg .
seawal lapan pagi -
ewahh - berdrama pulak dah -
eh .
lepas habis kelas design semalam .
apa lagi -saya berjaya pulang .
terima kasih yaya hantar pergi terminal
hidup boboiboy !!!
ehh-
-.-
fiewww :D
yeah .big clap please ! haha
gambar credit to :tekan sini
dah . nak sambung buat working drawing . selamat beristeri tiga beristirehat semuaaa :)
semalam abang gua beli birthday untuk gua . warna biru tuuu .haha . terima kasih daun pisang .
:)
:)
:)
Tuesday, 6 November 2012
enamsebelas
tiap satu persatu , semua kurniaan ilahi pada aku . aku terima .
hari ni genap sudah dua puluh tahun aku di dunia yang sementara ini . 21 ? kalau panjang umur . aku merasa angka tu .kalau ditakdirkan aku perlu menghadap yang Maha Pencipta . aku redha .tiap satu persatu yang tertulis .itulah yang dinamakan takdir .
tiap nikmat Allah bagi pada aku . alhamdulillah . setiap nafas , setiap degup jantung , setiap titisan kasih sayang yang Allah bagi untuk aku . ya , aku bersyukur . semakin aku membesar dan semakin aku menginjak dewasa . alhamdulillah .semua bawah lindungan yang maha Pencipta . Rabb , alhamdulillah . terima kasih Allah .
yang kedua ,
untuk mak , terima kasih atas susah payah melahirkan saya . dan terima kasih menjadi seorang ibu yang kuat untuk saya .yang membesarkan saya . yang jaga saya waktu saya sakit . yang sentiasa ada belakang saya bila saya rasa 'jatuh ' yang tak pernah patah semangat nak suruh anak mak yang malas ni malas nak belajar . yang selalu datang melawat saya kat poli masa sem satu dulu .tiap tiap minggu tu .ehhh -- .
yang masak bila saya nak makan makanan yang saya mintak mak masak . yang bagi saya belanja masa sekolah dulu .yang panggil saya makan bila saya merajuk .kahkah . macam budak kecik . dan terima kasih .seribu satu kata terima kasih saya untuk mak .
terima kasih kerana mengurniakan saya macam macam jenis kawan yang boleh buat saya memerlukan kesabaran yang tertinggi , yang rasa disayangi . dan seribu satu jenis kawan lah .
terima kasih pada semua orang yang wish birthday saya . dan ramai yang saya tak sangka . saya tak aim pun yang dia akan wish pada saya . terima kasih semua . hihi .
setiap apa yang berlaku dalam hidup . aku ikhlaskan . bila itu bukan lah kehendak aku , aku tahu itu ujian . tanda Allah sayang pada aku . dan bila masa aku rasa 'tak cukup 'alhamdulillah allah selalu bagi aku rasa cukup . walau dengan cara yang berbeza . segala keluhan aku mampu senyumkan .
ya , dunia buat aku mampu jadi seperti manusia matured . aku matured ? entah . itu orang yang judge . aku tak tahu .
setiap kali ada yang buat aku rasa tak mampu untuk lalui sesuatu ,aku tahu ada yang sedang perhatikan aku , ya , aku cuba sabarkan diri . aku cuba cuba cuba dan cuba . berjaya atau tidak ? entah . jawapan itu masih bukan pada aku . aku harap yang memerhati tahu . ya , kerana dia Maha Mengetahui .
kalaupun sesuatu itu dari sekecil zarah sampai sebesar dunia . aku cuba untuk terima dengan ikhlas . sebab aku tahu . masa depan aku pada Allah . masa depan aku milik Allah.
pada setiap doa ku
tetap benda yang sama yang terbit dari hati kecil ni
jangan pesongkan imanku setelah engkau berikan petunjuk-
permudahkan urusanku dunia akhirat .
doa untuk ibu bapa dan pendidik aku .
Rabb , terimalah doaku :')
*stop*
Subscribe to:
Posts (Atom)
