Thursday, 31 May 2012

kejam atau tidak . itu dunia ?




dunia juga bukan tempat manusia membalas dendam sesama manusia
tetapi , manusia selalu buat kalau orang kata jangan . ah .itulah manusia .manusia yang sikapnya degil .dan ego dan suka membantah . manusia yang buat dunia jadi kejam .dunia jadi tak tenteram .dunia jadi huru hara .
Persoalannya .manusia .kamu nak apa sebenarnya ?
Bila diberi dengan sesuatu yang baik . susah nak dihargai . tetapi terus mencari salah .terus mencari silap sedangkan jelas tiada salah disisi orang yang baik .
Kini tiba masa untuk berubah , ayuh . buka mata buka hati . berjalan diatas dunia tanpa sempadan .
(senyum dan terus tersenyum .lupakan kisah lama. Mula hidup baru :’)

manusia berjasa



Bismilahirahmannirahim.Saat manusia mentransformasikan dunia . manusia berhalusinasi .adrinalin mengalir terus tanpa berhenti.saat mata terus memandang.tangan terus bergerak dan otak terus berfikir,.dunia menjadi semakin ‘dewasa’Dewasa yang aku fikir tiada jalan untuk keluar dari kepompong emas milik manusia berjasa .ahh .manusia berbudi . Nampak baik tetapi dalam baik ada ‘manfaatnya’ .Manusia yang sentiasa meminta balasan sedangkan membantu sekadar tak seberapa .membantu sebagai satu tanggungjawap .mengeluh .mengungkit mengherdik . senang aku kata .kau manusia sombong .manusia yang mampu buat segalanya kerana satu perkara .Dan mangsanya adalah si miskin yang memerlukan pertolongan .pandangan aku lebih baik si miskin tak pernah berjumpa ‘manusia berjasa’ .tapi manusia biasa .tak boleh mengelak takdir dari yang maha esa . takdir yang mana tak mampu nak hadapi ,dan takdir yang membuat aku tulis itu dan ini . tentang dunia yang kejam.Semuanya tertakdir atau ditakdir ? jawap aku sama sahaja .Menindas dan ditindas . itu hukum alam .hukum yang dibuat manusia , mungkin bermula dari manusia berjasa . sebab dia umpama raja .raja dunia . alam akhirat ? usah disebut kerana aku tak tahu bagaimana nasib disana nanti .Aku ditempat yang mana ? jawap aku entah .jawap engkorang ?Menjadi ‘si miskin ‘ adalah penat . nak membalas jasa manusia berjasa .membalas budi baik  yang diberikan walau manusia miskin hanya diberi sedikit pertolongan . selepas diberi pertolongan si miskin men jadi HAMBA  . hamba manusia berjasa . si miskin perlu menyiapkan segala keperluan manusia berjasa sedangkan itu tidak seperti yang diberikan oleh manusia berjasa .ibarat diberi ikan bilis perlu dipulangkan satu bucket kfc . satu perumpamaan yang mana bagi aku .itu yang tergambar dimata aku .ini lah hukum dunia kadang bagi aku .itu tidak adil .Menerima segala takdir untuk meneruskan hidup .itulah benda pahit yang tak pernah tawar .yang tawar hanya hati .hati yang aku kira sentiasa menangis . menangis memikirkan takdir hidup .Kekuatan hidup hilang sedikit demi sedikit . mungkin juga takdir aku ini ujian besar dalam hidup‘Allah tak menjanjikan hidup tanpa masalah tetapi Allah menjanjikan pertolongan ‘Buktinya . Walau takdirnya tak seperti orang lain .aku masih mampu tersenyum.membuat orang sekeliling  tersenyum sama .janji kita ikhlas . senyum .   

dunia .'tape'.umur dan hayat


Beberapa hari aku tak update  .jiwa rasa penuh .otak rasa padat .tangan rasa malas .mungkin .
Beberapa hari yang aku mesti lalui. Hari yang sentiasa ada masalah .
hari yang gembira hari yang bahagia
dan hari yang sentiasa mengharap datang nya rahmat tiap-tiap hari .
Selepas ahad datangnya si isnin . datang dengan perasaan malas .
Malas menunaikan tanggungjawap sebagai pekerja .kau fikir itu bagus ? bagi aku tidak sebenarnya.
hari pertama bekerja dalam seminggu . malas bangun pagi .ahh .itu biasa .
malas walau macam mana pun aku ada tanggung jawap . tanggung jawap yang tak dapat aku sempurnakan sepenuhnya .orang sekeliling.maafkan aku .
pagi isnin .bertolak ke pusat pengajian .
hampa . satu kata dari hati yang dapat aku luahkan dengan kata-kata .
namun aku akui salah sendiri .
Puan emak : chik (panggilan aku di rumah ) . kenapa suka sangat buat kerja last last minute .
Aku : kan baru habis praktikal . (kenapa banyak alasan ? salah sendiri ,padah pun sendiri lah            tanggung )

Pagi itu orang yang aku cari di pusat pengajian tiada . dan terpaksa berjumpa dengan orang yang hanya menyalahkan orang lain dan garang dan mulut makcik macam tak ada insuran je . haih makcik ohh makcik .
Dan kenapa kawalan keselamatan kat pusat pengajian tu ketat sangat ye ? rasa macam masuk imegresen je . kena tinggal ic bagai kat pondok pengawal . saya kan student kat situ .haihh . mak cik ohh makcik sekalian .
Lastly hari isnin yang memenatkan tanpa dapat apa apa manfaat .yang dapat hanyalah penat .
k.penat 



semalam lepas makan malam . macam bisa berkumpul depan tv . kakak aku bawa keluar tali tape .nak ukur saiz tingkap nak buat langsir .
pembetulan ayat : bukan dia yang nak buat langsir . orang lain yang buat sebenarnya .
lama aku tenung tali tape tu . tali tape yang encik lecturer bagi pada aku untuk senang nak ukur . untuk site visit ngan ukur perabot katanya .
tapi .
kata orang tape tu ibarat umur kita .tape tu 60 cm . cukup panjang ? jawap aku sangat pendek .
dan itu yang menyedihkan aku .
terpaksa menerima takdir yang semakin hari semakin dekat dengan kematian .
semua orang akan melalui detik yang sama macam aku .
itu yang aku tahu .
ditenung lagi tape itu depan puan emak .
puan emak : tengok lah . umur mak tak sampai sejengkal dah .
ya rabbi . sedihnya bukan kepalang .benda yang bakal jadi .Cuma belum tentu bila . benda yang langsung aku tak tunggu .benda yang buat manusia sedih . tapi apakan daya .semua orang rasa benda yang sama ,itu takdir . mungkin boleh dikategorikan sebagai hukum alam .
aku diam
aku senyap dan
sebenarnya aku tak tau sama ada
 aku mampu atau tidak menghadapi sebarang kemungkinan .
dan yang benarnya aku tahu Allah menetapkan takdir dan jalan hidup ku yang baik baik belaka .jangan lupa senyum . 

Tuesday, 29 May 2012