Tuesday, 26 April 2011

rahsia lelaki. . .puiiiii!!!!!!

1.Lelaki Tidak Detail Dalam Percakapan

Contoh kes: Kakaknya baru saja putus cinta.Bila cik awek tanya..

'macam mana boleh putus awak...?' cik abg akan jawab...
'..dah nak putus nak buat macam mana...'

Alasan : Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap mcm pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.

2.Lelaki Tahan Berjaga Sepanjang Malam Demi Hobi

Contoh Kes : Cik awek sering tak menemui jawapan kenapa cik abg sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti (dari mengadap dirinya..kahkahkah)..lepas tengok piala Malaysia,tgk badminton All England plak..pastu, sambung tgk EPL pulak kan...sampai jam 3 pagi..

Alasan : sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti untuk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman dulu dimana lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.

3.Lelaki Rela Menghabiskan Banyak Wang Untuk Peralatan Elektronik Atau Aksesori Kereta

Contoh Kes :Cik abg rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kereta...tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tengok cik awek bershopping??

Alasan : Alat2 elektronik atau aksesori kereta bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi nie terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar dgn happy2 jer buang duit utk benda2 tue.

4.Lelaki Jarang Muncul Dengan Jambangan Bunga.

Contoh kes : Dekat filem2 drama2,sering kita lihat hero/cik abg muncul tiba2 di rumah cik aweknya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?..huh hampeh!!non adoo...

Alasan : Dari awal lagi,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.Kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran...itu tanggapan org lelaki laa kan..baik belanja makan!kenyang perot...
 
5.Lelaki Tidak Bergosip

Contoh Kes : Bila cik awek bace gosip kat magazine sambil ckp:
'eh betul ke ni..?'cik abg dgn pantas memotong
'pegi makan jom!dah lapar nie...'

Alasan : Sebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas cik2 awek bergosip dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ.
Dan kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Contoh kes:Lelaki jarang mengkritik ibu mereka,apatah lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata pada cik awek,

'eleh ayang,macam tu pun tak reti buat ke?mak i pejam mata pun boleh buat tau...'

Alasan : Bagi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya sebagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik,cd,jeans, jam tangan,jercy dan apa2 saja!

Contoh kes : 'Borinngg..!'katanya si cik awek....
sekejap sekejap cik abg ajak g petaling street,kemudian kedai komik lps tu carik lens kamera... semata-mata nak cukupkan koleksinya.

Alasan : Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada dan beranggapan bakal diadili oleh lelaki lain,sehingga tidak hanya mengumpul kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka,punyai sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8.Lelaki Senang Melihat Wanita Memakai Skirt Pendek(mini skiRt)-Asalkan Bukan Kekasihnya.

Contoh kes : Cik abg memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau cik aweknya yg pakai,komennya pula...

'I tak suka ahh!! tukar lain...macam penyapu lidi je..kalo u pakai baju kurung bertudung litup, laaaaggiiiii i sukeee..'
Bengang kan cik2 awek sume...?

Alasan : Bagi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian2 yang lain pada yang bukan sepatutnya..mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain

p/s : so,pasnie hope kaum2 hawa faham la lelaki ini mcm mn..hehehehehe..kang ada la mulut kata,kita je nk faham diaorg,diaorg xnk faham kita..hehehe..we cool right..fikir yg elok3 jer..    













Thursday, 21 April 2011

Bahagianye saye . .:)

Bahagia nya dapat Boyfriend macam dia...
  " Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...  
      Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever    
    Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...           
 Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
        Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....        Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya...
   Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...    

        P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam..... Share note ini kepada rakan anda... Mar

Wednesday, 20 April 2011

sebab perlu memilih arkitek sebagai teman hidup .

Kenapa perlu memilih arkitek sebagai teman hidup?


1. Arkitek sangat sabar orangnya.

Bukti: Tak percaya?? Dah la pengajian kita diorang 5 tahun.. perhh, memang diorang banyak sangat bersabar. Kalau tak sabar memang tak habis tau pengajian diorang. Dah la selalu kena marah, kena sound, kena 'tembak' ngan client kalau design dia orang tak best.

Kelebihan: Jadi anda jangan takut untuk marah-marahkan kan pasangan anda sekiranya mereka buat  salah. InsyaAllah mereka akan sabar menempuh dugaan tersebut. Tapi jangan over sangat, marah-marah sayang tu ok la..(marah bukan kebencian ,tapi tanda sayang .ewah !! ) 

2. Arkitek tak kisah berjaga malam.

Bukti: Tak dapat dinafikan lagi arkitek terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk siapkan tugasan dan assignment diorang.

Kelebihan: Nanti kalau baby anda lambat tido atau nak tukar lampin lewat2 malam, jangan rasa bersalah untuk suruh pasangan anda je uruskan! InsyaAllah mereka akan menganggap itu adalah perkara biasa.

3. Arkitek adalah lebih romantik berbanding profession lain.

Bukti: Semua benda diorang wat adalah ngan sepenuh hati. Kalau tak, kerja diorang tak 'touching', nanti client reject. (sampai hati client tu kan ? )

Kelebihan: Alamilah gaya hidup bekeluarga macam dalam citer Korea yang anda suka tengok tu! (Opsss!!). Dan selalu-selalulah merajuk, sebab nanti beliau akan pujuk anda dengan sangat romantik! Tapi jangan selalu, nanti beliau tak kuasa nak layan.

4. Jimat kos buat rumah.

Bukti: Dah terbukti mereka bleh design rumah macam2 pesen..

Kelebihan: Anda bleh suruh ape saja ikut suka hati anda nak rumah cane, dan tanpa bayaran sehingga akhir hayat. Kalau pasangan anda minta gak, sah lah beliau tengah tade projek (pokai).

5. Rumah bersepah tak ape.

Bukti: Studio dan bilik diorang lagi bersepah! (Bukti berupa gambar tidak dibenarkan disiar demi menjaga imej arkitek)

Kelebihan: Jadi anda takyah la bimbang kalau rumah selalu bersepah. InsyaAllah pasangan anda boleh je tahan. Tapi anda jangan selalu wat perangai lagu ni. Kang beliau cari lain!

6. Kretip.

Bukti: Hasil kerja dan design arkitek memerlukan kretiviti yang tinggi untuk disukai oleh client.

Kelebihan: Kekretifan itu secara tak langsung akan mempengaruhi rumahtangga arkitek. Jangan risau, setiap ulangtahun perkahwinan anda akan diraikannya dengan cara yang anda mungkin tak menduga. Kalah citer Korea! (Itu pun kalau beliau tak lupa la).

7. Sensitip.

Bukti: Mereka perlu sensitif untuk menghasilkan design yang kemas dan teliti. Mereka jugak perlu sensitif dengan persekitaran untuk hasilkan design yang baik.

Kelebihan: Kalau anda ade masalah, moody, emo tetiba atau tak seperti biasa, insyaAllah pasangan anda akan perasan. Cuma beliau nak tanya atau biarkan je anda layan feeling, itu saye tak tau la.

8. Secure!

Bukti: Dalam mendesign sesuatu bangunan, arkitek kena pastikan safety first! Kalau x safety bangunan/rumah tak dapat CFO bukan CPU  (Certificate of ..ape ntah.  ). Kira sijil layak menduduki la..tak silap aku sekarang orang panggil CCC .start bulan empat tahun lepas 

Kelebihan: Tak perlu lagi risaukan keselamatan anda, anak2 anda, rumah anda dan harta benda anda! Pasangan anda telah pun memastikan semuanya selamat. Andai berlaku sebarang kejadian tak diingini, cari je beliau. InsyaAllah beliau akan cool je menghadapinya.
....

Kesimpulan: Justeru itu, apa anda tunggu lagi?? Ha ha ha ha . Hubungilahmana-mana  firma arkitek untuk berkenalan dengan mereka. Ha ha. Tapi jangan kacau laki orang sudah .

Atau, taipkan ON ARCHI dan hantarkan ke ......... (oh nombor belum register lagi)

ps : jangan demand sangat laa nak kawin dengan arkitek je :D huehue . .

k.fullstop.





           
                                                                                                       
                                                                                                       



















Monday, 18 April 2011

2.48 a.m

18 april 2011.

bukan setiap hari nasib ni memihak kepada kita kan .tapi kte kne bersyukur la dgn ape yang da tuhan tetapkan .Allah da bagi yang terbaik untuk kita.semuanya atas kita nak or x nk ikut ketentuan qada' dan qadar yang dah ditetapkan. hari ni lin da blajar.satu lagi benda baru.'jangan ckp je diri ni beriman kpd qada' dan qadar tp hakikatnya. ttp x bersyukur dgn ape yang da dtetapkan oleh nya...betapa jahilnya aq. tipu la kan kadang2 mmg la ase mcm . . .ntah.susah nak terangkan.hakikatnya manusia ni kan bila da susah baru nk cari tuhan ,bila senang hanyut dengan dunia.x seda ke x bersyukur dgn nikmat dunia ni nk katenye kecik je nk dibanding kan dengan nikmat yang Allah bagi untuk kita kat akhirat nanti. .hurmmm. .makin lame hidup ni makin kucar kacir kan.haha~ oh apekah?? urmmm. setiap kali berdoa mesti aq mintak tuhan ni bg balik lin yang dulu.korang tolong doakan sama ye. :). aq taip pnjang lebar ni sekadar nak meluahkan perasaan je.tade pe yang penting pon.so at blog ni .ta yah bace la. .hehe~ .bace bnde laen jep. . .yang mane difikirkan patut bace tu korang bace la lau stakat bnda alah cm ni ta yah bace.. tentang diri aq je.who cares??? .orm! k.stop. bln 6 ni da masuk tahun ke 2 da. .tetap x brubah2 gk.x thu la nk jd ape ngan lin ni.:(( sgt2 sedih n knape la aq ni ssh sangat nk berubah.aduhh!! . tolong laa . . . .ta nk la mbebel dah.menambah kesedihan dan keserabutan dikala final exam menjelang. .dan .kepada manusia. kadang2 sy perlukan anda. x boleh nk bergerak sendiri dan seorang diri. tpu la kan lau boleh idup sendiri tanpe orang lain .. .  .ohhhhhhhhhhh.sgt serabut.!!!!!.