Wednesday, 17 May 2023

JOURNEY UMRAH SAYA - PART 1 ( WAITING FOR THE CALL )

Bismillahirahmanirahim.  Tak tahu mana nak mula, tapi saya nak cerita semula perjalanan umrah pertama saya. kali pertama seumur hidup. perasaan yang penuh bercampur baur. suka, takut, excited, semua dalam satu. 

Back to november 2022, disember actually. ada hal besar berlaku dalam hidup saya. sampai satu masa saya rasa saya kena buat something yang saya tak pernah buat. Nak rapat2 dengan Allah. Nak cerita semuanya pada Allah. Sebab saya tahu, tak ada tempat lain selain Allah yang boleh saya bergantung. 

Dengan sedikit simpanan tabung haji. Saya keluarkan kurang lebih 12k. 

Saya mula cari cari travel agensi. riki2 yang mana harga yang affordable, yang saya mampu. Saya search kat instagram. Ambil masa untuk buat keputusan nak pergi tu tak lama pun. Sebab masa tu saya rasa saya macam dah takde soul, life saya sekadar pergi kerja, balik kerja nangis, nak tido nangis, lifeless. Saya dah takde semangat nak hidup. Sakit ya dikhianati. Saya rasa macam jiwa dah mati. bila dah heal ni. rasa malu pulak nak cerita balik. Haha.

Bila saya mula start riki2 tu, fyp reels saya penuh dengan video2 kaabah, madinah, mekkah dan vibes2 islamik. rasa macam ya Allah. Rindunya. Tak pernah sampai. Tapi rindu. Pelik kan? 

Saya tak pernah terbayang saya akan sampai ke mekah sebelum masuk tiga puluhan. Sebab saya tahu tahap kewangan saya. bukanlah gaji T20 
Dan saya bukan dari keluarga yang senang. So, saya kena usaha keras untuk dapatkan apa yang saya nak.

Memetik kalam Allah, inna maal usri yusra (sesudah kesulitan akan datang kesenangan) . Allah hadirkan air mata sebab Allah nak bagi saya hadiah ni rupanya. Terima kasih Allah. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
4 disember 2022 
saya mula pm travel agensi yang saya pilih. 

kriteria yang saya pilih :-

1. by harga (kemampuan saya tahap mana) tapi saya tak pilih yang murah sangat sebab saya takut jauh dengan masjid. satu lagi sebab saya takut kena scam. duit saya dah lah ada banyak tu je. haha. 
2. by review2 orang kat ig, fb, google. jarak hotel ke masjid, berapa hari, (nak senang, saya masuk je group umrah kat fb, pengalaman orang tunai umrah)
Ada satu lagi kriteria biasa orang pilih, penerbangan direct atau transit mana2 negara. ( Biasanya kalau direct, harga pakej lebih tinggi sikit. kalau transit murah sikit.) 
Lagi satu biasanya orang akan riki nanti masuk mekah dulu atau madinah dulu. Kalau masuk mekah dulu boleh buat umrah dulu lepas tu baru ziarah ke madinah. 
kalau masuk kota madinah dulu, maknanya kta ziarah dulu la. lepas beberapa hari kat madinah baru kita pegi mekah untuk umrah.
Kalau orang yang dah berusia sikit, ada rezeki lebih, boleh pilih pakej yang masuk mekah dulu. Sebab nak tawaf dengan saie tu pakai kudrat. Masa tu pun kita baru sampai kan, so kita masih banyak tenaga. tapi kalau masuk madinah dulu pun okay je, kalau penat nak tawaf dengan saie. sekarang kan dah ada scooter. duduk je atas tu. hehe 

Saya pilih transit di negara lain dulu dan saya masuk madinah dulu. Insha Allah kalau belia ( macam kita) ok je kalau transit pun. Masih banyak energy. 


3. by tanya tanya orang yang dah pergi. kawan2, sedara mara @ kenalan2. dorang pergi dengan travel agensi apa senang tak nak urusan, dorang jaga tak kita kat sana.
(saya kena cerewet sebab saya tak pernah pergi luar negara sorang2) 

ya, saya pergi sorang. tanpa siapa siapa. Nak bawak diri. Takut jugak tapi nekad lebih tinggi. 

7 Disember saya bayar deposit. 
Dapat itinerary. Masa dapat ni rasa macam dah selangkah ke mekah. perasaan tu macam ye tak niii i nak pergi mekah ni. dosa dah lah banyak haaa camtu. nanti kang tak nampak kaabah. ( tulah, sape suruh baca mastika) Haha. Bila dapat resit deposit tu rasa macam ni memang dah confirm dah ni. tawakkal jela Allah jaga kat sana nanti. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya bayar baki bayaran tu lambat jugak takut kena scam. Haha. So, mula dari hari tu saya siapkan preparation

jaga ibadah( tapi sampai sekarang, dah balik pun saya masih usaha membetulkan hidup)
tips : saya beli satu buku nota kecil. buku untuk saya tulis doa doa yang saya nak baca. cari doa2. tampal la banyak2 dalam buku tu. (Nanti saya share kat post lain doa apa yang saya tulis dalam buku kecik saya) 

beli barang preparation - saya search kat ig je. Dia pesan jangan bawak baju banyak sangat. Nanti nak bawak balik barang lagi banyak. Betul rupanya, luggage saya paling berat. Hahah. (kat pos lain jugak saya cerita berapa baju saya bawak)

siapkan segala dokumen(passport, cek sekatan imigresen, ambik gambar passport) pastu visa saya pakai visa tourist (yang ni travel agency yang uruskan. 
dan download apps Nusuk (apps ni cari kat googleplay untuk kita booking slot nak masuk Raudhah nanti)biasanya group leader travel agensi yang akan guide nak isi form ni nanti. 

pergi cucuk meningococcal vaccine
trace tarikh last period
beli ubat2. 

11 Januari 2023 
Saya mohon cuti umrah. Majikan bagi 7 hari cuti umrah. Kemudian yang lebih tu kena sambung cuti rehat. (tak termasuk sabtu ahad)so saya ambik cuti dalam 9 hari sahaja. 7 cuti keagamaan / 2 cuti rehat. Lepastu kena isi hrmis untuk permohonan keluar negara . Kena kelulusan ketua jabatan. Kena mohon awal sikit sebab biasanya lagi jauh dia pergi lagi lama nak dapat approval. 

12 januari 2023 
Saya bayar full payment. pastu pergi ofis travel agency untuk ambik beg bagasi. (yang ni kita dah bayar sekali dalam pakej ) 

14 januari 2023 
Saya pergi kursus umrah. 
Kursus umrah ni kita boleh pergi free je. nanti tengok2 iklan kat fb, ig... Biasanya travel agensi akan update dorang buat kat mana. lagi satu kan, kita jugak boleh pergi tak kisah mana2 travel agensi. contoh nak pergi kursus anjuran tabung haji ke, travel agensi b ke c ke. boleh je. ilmu tu memang free. Kalau untuk first timer memang saya suggest pergi sebab kita memang takde experience. Dari pengalaman diri sendiri.

25 januari 2023 
Pihak travel agency buat zoom meeting untuk ceritakan gambaran ringkas journey umrah kita ni bagaimana. dari hari first sampai hari kita balik. 

29 Januari 2023 
Zoom meeting sekali lagi dengan ustazah untuk bab permasalahan wanita. (haid, cecair2 yang keluar, batal ke tak wuduk etc etc. ) Yang ni paling penting. Sebab ibadah kan. tak boleh buat main2. kena jujur betul2.

Awal febuari 2023..... Akhirnya.. Saya berada di bumi mekah. Hadza min fadhli Rabbi. <3