Apabila kita mendekati Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa.
Apabila kita pergi kepada Allah secara berjalan, Allah akan datang kepada kita secara berlari.
Setiap perkara yang Allah berikan kepada kita adalah berdasarkan setiap tindakan yang kita lakukan.
Kita tidak akan dibebankan dengan tanggungjawab atas tindakan orang lain.
Allah tidak akan hantar beban yang lebih berat berbanding keupayaan kita untuk memikulnya.
Kita juga tidak akan dibiarkan sahaja mengaku beriman, tanpa diuji.
Dan apabila kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat kepada kita.
Tidak ada satu pun nikmat daripada Allah yang dapat kita nafikan.
Tiada Tuhan selain Allah, Maha Suci Allah.
Sesungguhnya segala beban yang kita rasakan terlalu azab dalam hidup ini berpunca daripada kita yang menzalimi diri kita sendiri.
Ingat, Allah tahu secara mendalam dan terperinci tentang setiap perkara yang kita lakukan.
Masakan tidak, sedangkan sehelai daun gugur di bumi pun tidak terlepas daripada pengetahuan Allah.
Maka berbisiklah, mintalah daripada Allah. Dia sentiasa dengar, kerana Dia berada sangat dekat dengan kita. Malah lebih dekat daripada urat nadi yang ada di leher kita.
-
Semua ini Allah sendiri yang kata. Bukan kata-kata ciptaan saya.