Wednesday, 2 June 2021

Lin masak tauhu telur sos tiram

Bahan

Tauhu telur 
Tepung jagung

Bawang putih
Sos tiram
Garam
Air
Sayur bunga kobis
Carrot
Cili merah 

Cara2:

Gorengkan tauhu yang dah disalut dengan tepung jagung. Dah siap. Asingkan. 

Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan sos tiram. Masukkan sayur sayuran. Masukkan air tepung jagung. Masukkan cili (kerat dua). 
Masukkan tauhu yang dah digoreng tadi. 
Letak garam sikit. Done. 

Sunday, 14 March 2021

Untuk Lin

Apabila kita mendekati Allah sejengkal, Allah akan mendekati kita sehasta.

Apabila kita mendekati Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa.

Apabila kita pergi kepada Allah secara berjalan, Allah akan datang kepada kita secara berlari.

Setiap perkara yang Allah berikan kepada kita adalah berdasarkan setiap tindakan yang kita lakukan.

Kita tidak akan dibebankan dengan tanggungjawab atas tindakan orang lain. 

Allah tidak akan hantar beban yang lebih berat berbanding keupayaan kita untuk memikulnya.

Kita juga tidak akan dibiarkan sahaja mengaku beriman, tanpa diuji. 

Dan apabila kita bersyukur, Allah akan tambahkan nikmat kepada kita.

Tidak ada satu pun nikmat daripada Allah yang dapat kita nafikan.

Tiada Tuhan selain Allah, Maha Suci Allah.
Sesungguhnya segala beban yang kita rasakan terlalu azab dalam hidup ini berpunca daripada kita yang menzalimi diri kita sendiri.

Ingat, Allah tahu secara mendalam dan terperinci tentang setiap perkara yang kita lakukan.

Masakan tidak, sedangkan sehelai daun gugur di bumi pun tidak terlepas daripada pengetahuan Allah.

Maka berbisiklah, mintalah daripada Allah. Dia sentiasa dengar, kerana Dia berada sangat dekat dengan kita. Malah lebih dekat daripada urat nadi yang ada di leher kita.

-

Semua ini Allah sendiri yang kata. Bukan kata-kata ciptaan saya.

30 Hari Menuju Ramadhan.

Nak jadi muslimah yang berusaha menuju redha Allah

Dunia memang tak sempurna. Tak mempunyai kesempurnaan emosi. (itu saya) 

Bila orang cerita tentang kecantikan, selawatlah. Bila orang kata kita tak cantik, selawatlah. Itu Allah yang bagi. 

Bila orang kata kita tak berjodoh. Orang duk sibuk sibuk kata kita tak de orang nak, selawatlah. Kita je tau. Kenapa kita tolak. Setiap sesuatu yang terjadi, semuanya Allah yang aturkan.

Bila kita tak kaya, kita fahamkan definisi kaya menurut agama. Bukan semua orang atas dunia ni bernasib baik. Bukan semua berjodoh dengan orang kaya kaya. Selawatlah. 

Ya Allah. Lindungilah saya dari penyakit hati. Ingatkan aku sentiasa ingat akhirat. 

Allahumma solli ala saidina muhammad.