Monday, 21 December 2020

Lin Masak Lontong

Sediakan bahan2

Santan
Ikan bilis
Bawang merah
Sengkuang
Carrot
Tauhu petak
Tempe
Kacang panjang
Serbuk kunyit
Suun 
Fucuk
Bunga kubis

Masukkan air
Masukkan bawang merah yang dah di blend dengan ikan bilis. 

Masukkan kiub ikan bilis
Masukkan santan
Masukkan kunyit

Kacau kacau... 

Masukkan sayur carrot, 
Kacang panjang 
Sengkuang
Tempe yang dah digoreng 
Tauhu yang dah digoreng 
Bunga kobis

Bila sayur dah masak, 
Masukkan fucuk dan suun. 

Siap. 

Buat sambal dan rebus ketupat. Siap! 



Thursday, 13 August 2020

Sujud Syukur.

Q1. Bila waktu disunatkan sujud syukur?

1. Bila peroleh anugerah
2. Bila terselamat dari musibah. 

Q2. Cara Sujud Syukur. 

1. Niat
2. Takbiratul ihram
3. Sujud (sekali sahaja) 
4. Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam. 

Q3. Doa sujud syukur 

Sajada wajhialil lazi khalqahu, shaqqa sam ahu wabasoru bihaulihi wa quwwa tihi, fataba ra ka llahu ahsanul khaliqin. 

Q4. Syarat Sah sujud Syukur

1. Wudhuk
2. Menghadap kiblat
3. Menutup aurat
4. Suci pakaian dan tempat sujud. 

Kredit : siraplimau 

Note; untuk Lin. 

Sunday, 3 May 2020

Resepi Kek Bakar Lejen

Hi, Assalamualaikum
Salam Ramadhan semua. Hari ni dah masuk 11 Ramadhan 1441.

Nak Share resepi kek bakar. Kek ni lagi best kalau pakai oven bulan atas dapur tu. 

Ni resepi. 

2 cup majerin 
2 cawan gula (gula ni blend dulu) 
6 biji telur
Esen vanilla 
1 tsp baking powder
3 cawan tepung gandum 
 
Mula mula masukkan 2 cup majerin dan 2 cup gula. Pukul sampai jadi kembang. (Adunan jadi putih sikit)

Kemudian, masukkan telur. Pukul lagi sampai sebati, kemudian, masukkan 2 titis esen vanilla. 

Kemudian ayak tepung gandum. Lepas tu masukkan tepung gandum sedikit dwmi sedikit. Masukkan baking powder. 

Bila adunan dah sebati. Masukkan dalam loyang dan boleh bakar. 

Bakar dalam oven legend antara 45 minit ke 1 jam. 

Siap. 

Monday, 9 March 2020

Sunday, 8 March 2020

Catatan Peribadi #3

Dah tiba masa berubah jadi insan yang lebih baik.

Kecewa dengan manusia, serabut, kucarkacir dan tak tenang membawa saya ke sini. Masjid.
Kuatkan saya ya Allah, untuk tinggalkan apa yang menyerabutkan kepala saya. Ya Allah, kuatkanlah hati saya. Jangan biarkan saya sorang sorang ya Allah.

Sedang saya menaip, tertangkap kata2 ustaz.
Untuk cari ketenangan.

Baca Alquran.
Cari makna ayat.
Baca tadabbur.
Dan amalkan.
Insha Allah jumpa tujuan hidup.
Ketenangan. 
Datang la ke masjid
Sebab masjid ni tempat yang dimuliakan Allah.

"Datanglah masjid, tak lama. Lebih kurang dua jam je. Tapi dapat ketenangan, jumpa jalan hidup"

Jangan menghina tempat yang dimuliakan Allah. Jangan bising kat masjid macam kat pasar. 

Sekali lagi Allah menjawab doa saya tanpa lewat sesaat.


March 7, 2020 // 20.07 hrs. //Masjid Sikamat Seremban. 

Monday, 17 February 2020

Catatan Peribadi 2

Tanpa pembuka

Entah kenapa, rasa untuk ke tanah suci tu sangat sangat kuat sehari dua ni. Allahu. 
Sampaikanlah aku ke sana dalam tahun 2020 ni. Amin ya mujib. Ya razzak, ya fattah, ya muhaimin. 


Saturday, 15 February 2020

Catatan Peribadi

Aku tak pasti, bagaimana harus aku lakukan untuk benar benar ikhlas.

Allah, 
Seringkali anggota jasadku memujuk sesama sendiri. 
Untuk sabar dan bertenang. 
Untuk rasa lapang dan tersenyum senang. 

Allah, 
Tak aku sangka, 
Perpisahan ini terlalu drastik. 

Bukan salah mereka--
Salah lakuku yang melampaui, 
Hingga tercerai kita menjadi dua. 

Allah, aku betul2 memerlukan dia yang baru untuk menutup compang camping aku ya Allah. 

Ya Allahu ya Rabb. Bantulah aku. Tolonglah aku. Sakit ya Allah. 

Thursday, 6 February 2020

Satu - 2020

Bismillah. Dengan nama Tuhan aku mulai.

Tanpa pembuka dan penutup,
Allah, saya kadangkala give up dengan kehidupan. 


Mengejar kerjaya. 
Mengejar jodoh.

Tuhan. Kadangkala saya jatuh. Tak tersandar di mana2 selain Tuhan. 

Air mata saya menitis. Perlahan tapi sukar untuk berhenti. Hati saya sakit, pedih, letih.

Tolonglah saya ya Allah.