Assalamualaikum dan hello ho, everyone(s).
Seminggu yang lepas aku ada hadiri temuduga pembantu tadbir
kewangan w19 di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ini bukanlah kali pertama
aku hadiri temuduga bagi jawatan ini.
Doakan aku ya?
Di sini aku nak kongsikan rentetan perjalanan temuduga dan
susunan fail, resume, serta salinan sijil.
1. Penyediaan resume.
- pastikan kau isi semua benda yang pihak SPA mahu. Nama, no
kad pengenalan, sumbangan dan kebolehan istimewa.
Resume kalau boleh tak perlu gunakan template grafik yang
selalu kita nampak di mukabuku tu. Buat resume padat, ringkas dan nampak lebih
formal. (part ni aku dah lakukan kesilapan kecil, aku gunakan resume grafik, my
bad.) jangan ulang kesilapan aku ya?
2. Susunan dokumen dalam fail.
- Kau buatlah lain sikit dari calon kebanyakan. Letakkan
saperator. Tapi jangan sampai buka-buka je fail kau penuh dengan saperator,
sijilnya tenggelam. Less is more.
Pertama, kau print Maklumat Temuduga, Maklumat peribadi,
maklumat pendidikan, dan sijil anugerah dan penglibatan.
Kemudian, susunlah sijil mengikut yang dikehendaki.
1. Maklumat temuduga. (print di paparan yang kau check kau
dapat temuduga tu atau print dari email. Jangan lupa print tau. Kalau takut
hilang atau rosak, print la dua salinan. Pernah tengok ada orang datang
interview tak bawa surat. Susah di kemudian hari. Mungkin juga dia tak ada
pengalaman hadiri temuduga lagi. Jadi dia tak tahu. )
2. Maklumat diri yakni, kad pengenalan dan sijil kelahiran.
3. Maklumat pendidikan. Susun ikut spm dan seterusnya. Spm
beserta ujian lisan, diploma beserta transkrip, degree beserta transkrip. Kalau
kau adalah pelajar tajaan JPA, letak sekali surat tawaran lepas transkrip. So
that, dia tahu la kau pelajar tajaan JPA. (untuk pelajar tajaan jpa sahaja, MARA,
PTPTN or else tak perlu)
4. Letakkan sijil anugerah dan penglibatan.
------
Okey, kita berbalik kepada point yang ke 4.
4. Salinan sijil.
-Salinan sijil perlulah disahkan.
Okay habis dah part dokumen yang perlu disediakan.
----------
Next is, aku nak cerita apa jadi pada hari kejadian.(hari
temuduga)
Aku sampai awal satu jam dari waktu yang tertulis dalam
surat. Aku pergi makan dulu (supaya emosi aku stabil dan tahukah anda lapar ni
boleh buat kakak marah? Kakakaka. Tak, gurau je.)
30 minit kemudian. Naik ke pusat temuduga. Letakkan surat
panggilan depan urusetia/pegawai di kaunter. Kalau calon ramai, dia suruh duduk
dulu. Tunggu giliran. Nanti dia panggil ikut siapa datang dulu.
Dia panggil, duduk. Kemudian dia suruh keluarkan apa yang
dia nak.
1. surat panggilan temuduga. (kemudian dia print nombor giliran
dan bilik nombor berapa)
2. Susunan sijil, ikut seperti dalam surat.(nanti dia ajar satu per satu. Tapi kalau kau ikut yang aku tulis kat atas, sama sahaja sebenarnya). Salinan pun sama. Salinan tu nanti dia letakkan apa yang ada dalam surat je. Kemudian dia stepler.
2. Susunan sijil, ikut seperti dalam surat.(nanti dia ajar satu per satu. Tapi kalau kau ikut yang aku tulis kat atas, sama sahaja sebenarnya). Salinan pun sama. Salinan tu nanti dia letakkan apa yang ada dalam surat je. Kemudian dia stepler.
3. pesan aku, jangan lupa daftar mengundi. Mengundi Pilihanraya.(sebab dia tanya)
Kemudian dah sampai turn,
-
Ketuk pintu.
-
-
Masuk.
-
-
bagi salam.
-
-
hulur fail.
-
-
duduk. (dia suruh duduk baru duduk)
(sebenarnya kau klik blog ni sebab nak tau ni je kannnn?
Haha. Dia tanya apa. )
1. perkenalkan diri, latar belakang keluarga, latar belakang
pendidikan, pengalaman kerja, kerjaya sekarang. Ok. Sekian terima kasih.
Di sini aku share apa soalan sering ditanya bagi jawatan ni.
1. sebutkan tugas pembantu tadbir kewangan (boleh check di
portal SPA)(aku syak ni soalan wajib tanya. jadi jawab dengan yakin, jangan
menghafal tapi fahamkan. Lepas tu boleh huraikan ikut jalan yang benar.)
2. Apa itu panjar? Panjar ada berapa jenis? Sebutkan. Huraikan.
3. Apa itu sebut harga.
4.Apa itu tender.
5. Apa itu perolehan kerajaan.
6. Sebutkan jenis perakaunan di malaysia. (ada dua, tunai dan perakaunan akruan)
7. Ceritakan apa yang kau tau mengenai belanjawan.
8. Bajet 2018 (ikut tahun interview) (soalan wajib study)
9. Dasar-dasar negara.
10.NKRA
11. GTP
12.GST (soalan famous)
13.Gagasan 1 Malaysia
14.nyatakan salah satu agensi kerajaan bersama fungsi fungsinya.
15.NBOS
16. TN50.(soalan terlebih famous)
17. Lambang jata negara.
18. Integriti (soalan famous)
19. Nama PM ,menteri kewangan i , menteri kewangan ii, ketua setiausaha negara, ketua negara, agung, ketua perbendaharaan, timbalan menteri kewangan i, timbalan menteri kewangan ii. (soalan famous)
20. Rasuah (boleh tahan famous)
21. Sanggup di hantar ke sabah dan sarawak tak?
22. Soalan berkaitan situasi. Cara nak handle masalah.
Ini aku rangkumkan soalan yang ditanya pada aku dan
kawan-kawan seangkatan yang interview dalam pengambilan yang sama. (created
whatsapp group) haha.
Ada lagi sebenarnya, tapi aku list yang paling kerap ditanya
sahajalah ya?
Pemakaian
Lelaki : baju kemeja lengan panjang(kalau baju putih lagi sesuai), seluar hitam, kasut
kulit.
Perempuan ; berbaju kurung (atau boleh check di portal SPA). Kasut hitam, bertumit.
ada yang share, 10 persen permarkahan adalah dari pemakaian. Wallahualam. Kalau dia tipu aku, aku cakap awal awal ni. Takkan lah aku nak tipu kau pulak. Haha
Last but not least, doakan aku berjaya dalam temuduga ni.
Syarat kelayakan makin ketat. Semoga kita semua direzekikan dengan rezeki
terbaik ya? Amin.
Good luck !
Edit :
Alhamdulillah aku pass temuduga ni. Sekarang duk under PDRM. Hehew.
Aku tak tau mana kotak komen aku hilang.
Good luck utk korang pulak.
Edit :
Alhamdulillah aku pass temuduga ni. Sekarang duk under PDRM. Hehew.
Aku tak tau mana kotak komen aku hilang.
Good luck utk korang pulak.