Tuesday, 28 November 2017

part 2

Tiba giliran aku, aku ketuk pintu bilik temuduga dua kali (effect bunyi: tuk tuk).
Aku masuk, bagi salam dan senyum. Hulur fail kepada panel. Ada dua panel, panel dari Suruhajaya Perkidmatan Awam dan Jabatan Kewangan (Akauntan).
Mula mula panel SPA ucapkan tahniah dan terima kasih. Kemudian dia baca rekod interview yang pernah aku hadiri. Dia punya tembak soalan, semua tepat.
Kemudian, dia suruh perkenalkan diri, latarbelakang keluarga, kerjaya, pendidikan dan beberapa hal hal peribadi lagi.
Aku rasa, ini kali ke dua aku direzekikan panel yang down to earth. Humble. Dan sangat-sangat supportive.
Soalan berbaur motivasi, memang aku katakan ini pengalaman temuduga yang paling comfort yang pernah aku hadiri.
Dan, pegawai kewangan tak tanyakan apa apa pun pada aku sebab aku dah cerita pengalaman aku pernah terlibat dalam audit, aset kerajaan, maintenance dan etc etc. Alasan lainnya, ini interview kedua dalam jawatan yang sama. Yang pertama kali dulu aku hanya sebagai calon simpanan namun tak dipanggil.
Usai interview, panel akan tanya, adakah kita ada soalan untuk ditanya.
Soalan aku, apa kriteria yang diperlukan untuk menjawat jawatan ini.
Dia bagi jawapan yang 'positive' pada aku.
Attitude, cara kita solve problem, tengok sama ada kita bertanggungjawab atau tidak. Dan ada beberapa kriteria yang lain.
Akhir, aku ucapkan terima kasih kerana bagi peluang dan luangkan masa untuk aku.
Ambil fail. Keluar.
Aku harap aku berjaya kali ni. Sengaja aku pos di sini, sebab akaun satu lagi masih ramai yang struggle cari kerja. Mungkin kecilkan hati kawan kawan aku kalau aku pos di sana. Semua struggle. Aku faham macam mana rasa bila kawan dapat tapi aku tak dapat. Bukan dengki, cuma (mungkin hati aku yang bermasalah.) jadi lebih baik aku tak pos terus. Itu dapat menjaga hati sendiri dan kawan kawan.
Ini sekadar nota untuk aku lihat di masa hadapan sahaja. Ini temuduga kali ke 8 untuk tahun ini. Doakan aku ya?
Di sini, aku bebas sedikit meluah. Kawan kawan pun aku akan kurangkan. Tak dikira memutuskan silaturahim kan? Sebab kita masih berkawan di akaun satu lagi.

pengalaman temuduga pembantu tadbir kewangan w19 (dibaca: kali ke dua) part 1

Bertemu dengan orang yang baik-baik kadangkala mendatangkan sebak dalam hati aku untuk kesekian kalinya, aku hadiri temuduga lagi. Aku mulakan perjalanan awal pagi, datang ke pusat temuduga sejam awal.
Macam biasa, letak surat panggilan temuduga di tempat yang disediakan. Kemudian duduk di ruang menunggu.
Beberapa minit kemudian, nama dipanggil, ada urusetia yang ajar cara untuk susun sijil dalam fail. Aku agak umur urusetia tu kurang lebih dengan umur mak aku.
Aku duduk, dia suruh keluarkan resume.
Resume aku jenis grafik, katanya tak sesuai dengan jawatan ni. Mesti kelihatan lebih formal. (My bad, mesti di perbaiki lepas ni).
Kemudian, aku berborak borak dengan dia. Susun segala sijil, dia tanya latar belakang aku. Dan dia bagi beberapa tips temuduga.
1. Katanya, kalau kita orang susah, jangan jadikan susah sebagai alasan (supaya panel bersimpati dengan kita) . Contohnya, "ayah saya driver je. Hidup saya susah. Keluarga saya susah. Yada yada. " Urusetia tu kata itu seolah kita merungut, sedangkan walaupun ayah kita driver, kita dah belajar sampai ke peringkat ini. Hidup, kita tetap hidup. Kita masih hidup hingga saat ini.
2. Jawab dengan tenang. Jawapan dari hati (sambil dia tepuk dada dia).
3. Katanya aku orang pertama yang dia jumpa (entah, mungkin bonus, mungkin tidak bagi aku.) mungkin ini sedikit sebanyak menaikkan semangat aku.
Dah siap susun, stapler kertas, ambil no giliran. Pakcik tu cakap selamat berjaya.
Kemudian aku katakan "doakan saya".
Dan dia kata baiklah, saya harap tak jumpa awak dah lepas ni. (Dia harap aku dapat jawatan ni dan dia tak jumpa aku lagi). Ayat negatif dalam situasi positif bukan?
Aku kembali ke ruang menunggu, aku pergi tandas. Rasa dah ok. Dah confident, aku duduk di kerusi yang betul betul depan bilik temuduga.
-----------------------------------
Separuh lagi 'perjalanan' kalau aku rasa nak menulis, nanti aku sambung.