Bersahaja . #travelog90hari.
Dengan bersahaja aku melangkah mengikut mana kaki nak tuju .
akal seakan berhenti berfikir , hati bagai pudar rasa . terlalu bersahaja
mungkin .satu tempoh yang cukup bagi
menghilangkan rasa pada hati . mampu memudarkan perasaan penuh perasaan ingin
tahu . aku ibarat membunuh diri sendiri . sebab ? terlalu bersahaja . mungkin .
untuk beberapa millisecond aku seakan hilang arah . mana aku pergi ? entah .
Dalam keadaan bersahaja tiba tiba aku tersentak , masih mengorak
langkah kearah yang dirasakan kesilapan . namun aku masih meneruskan kehidupan
. dilalui pula jalan yang penuh dengan cabaran . makin pula aku merasa bersalah pada diri sendiri .
Tanpa sedar aku dah memilih jalan yang benar .lama juga masa
yang aku ambil untuk menyedarkan diri dari sifat bersahaja . fikir untuk kali
ke dua dan secara tak sengaja aku
terjumpa hikmah disebalik kejadian. Sebenarnya
, mungkin ini jalan yang harus aku lalu dari dulu . jalan bersusah dulu baru merasa senang .
Sebelah dari hati sudah berani mengatakan aku perlu suka dan
aku akan suka pada jalan yang aku akan lalui sepanjang perjalanan ini . I have
to love what I do . Cuma , aku tunggu hati sebelah lagi untuk memberikan kata
yang sama . walaupun jasad penuh bersahaja . hati , kadangkala perlu belajar
bersahaja . hati juga perlu sentiasa serius , aku rasa .
Persepsi negative dan positive berlegar di ruangan akal .
Cuma aku yang perlu pilih yang mana hal yang akan mendewasakan aku masa depan .
bila hanya aku yang boleh buat keputusan maka banyak lah sisi luar akal yang
sama sama give he/her opinion yang kadangkala aku tak minta .selalunya telinga
tetap aku tadahkan .
Dengan bersahaja aku masih bertahan buat benda yang aku
kurang suka . satu hari nanti mungkin ini yang paling aku suka . mungkin ? bila
aku dalam keadaan tiada pilihan aku rasa I have no choice . empat sisi tampak
penuh memaksa .selagi aku mampu ukir lekuk senyum dimuka , aku akan bertahan .
Kenapa masih ada aku disini ? kerana doa kalian yang
menguatkan hati aku disini , kerana doa kamu , kamu dan kamu . ya , yang paling
agung aku di iringi doa ibu .dan hal yang lain nya terbawa aku ke sini ,
kerana banyaknya rahmat dari Tuhan ,
jika kamu yakin dengan Allah , kamu akan dapat apa yang tak
kamu jangka .kamu akan dapat yang lebih baik dari apa yang kamu fikir . ajaib
bukan .?
jika kamu jadikan
Allah sumber kekuatan , kamu akan jadi lebih kuat dari apa yang kamu jangka
.Allah sentiasa ada dengan aku untuk aku terus bertahan . Allah selalu bagi
rasa tabah . untuk kamu juga.
jiwa yang rapuh tak selamanya jatuh . ingat , Allah ada .
bila rasa banyak benda yang menyesakkan dada , bertahan lah . jangan give up . kalau stress , dongak kan
muka ke langit dunia .pandang langit atas sana . untung untung ada sekor dua burung tengah terbang riang .
boleh bagi hati tenang .
end.
entry draft on october 2013