hari ni aku nak share dengan korang semua . by the way . entry ni adalah hasil daripada catatan yang diambil masa program ceramah semalam . tajuk ceramah tu 'kahwin awal ,bahagia atau sengsara '
aku mula mula dengar pun jadi ekcited nak pergi kan . nak kawen awal ke ? ehh #
tak de lah excited ,tapi kalau bahagia kawen awal .apa salahnya kawen kannnn . ehemm
okay , sebelum korang start baca entry ni .sila senyum .haaa . senyum .
'wahai orang muda , sesiapa di kalangan kamu mampu maka kahwinlah . sabda Nabi ni .
mampu yang disebut di sini .adalah mampu dari segi zahir dan batin . zahir tu maknanya makan minum , tempat tinggal, pakaian .dan semua semua yang seangkatan lah , batin tu , (rasa korang semua dah faham . )bab bab macam ni cepat je kan , sebut moment structure , design semua melolopng , haih , apelahh .
kahwin muda ,
bahagia ? sengsara ?
ustaz cakap kahwin muda mungkin bahagia tapi mungkin tak lama .
sebab apa ya ?
jawapnya . semuanya terletak pada takdir Allah , kita tengok pulak kahwin tu sebab apa , sebab dah tak tahan tengok awek tu cun sangat ke , dah tak tahan awek ajak kawen cepat ke dan ada jugak sebab dah terlanjur . sebenarnya ni banyak berlaku .
kahwin awal . --> bahagia sekejap --> cerai
sebab ? tak cukup ilmu . sebab ikutkan nafsu .
(yang diceritakan oleh ustaz ni memang realiti anak anak muda zaman sekarang , zaman boleh pilih couple sendiri . )
aku tak cakap kahwin lambat tu kompem bahagia ,
baru baru ni ade keluar kat hot.fm .
bercerai berai sebab ubat gigi
hoii .ubat gigi je?
tengok--
so jom kahwin .ekeke --
ehh,takde lah .memain je.
boleh je kahwin awal , tapi kalau nak kekal sampai syurga , sampai bila bila , carilah pasangan yang berilmu , bertakwa dan berakhlak ,
berilmu
lelaki : carilah perempuan yang berilmu , nanti kahwin dengan emak kpd anak yang cerdik nanti dapatlah anak cerdik ,kann ?
perempuan : carilah lelaki yang berilmu , nanti syurga korang bawah tapak kaki suami kann ?kalau kita jahil dia boleh tolong ajar kan .kan ??
bertakwa
lelaki : senangcakap lah kan , perempuan yang bertakwa ni dia kan beriman so , dia takkan langgar perintah Allah .so secara logik akalnya Allah bagi bonus dekat lelaki ni . tak payah dah tanggung dosa si isteri . tu belum masuk soal nusyuz dayus lagi ,haaaa kannn ?
perempuan : carilah lelaki bertakwa . sampai syurga tuuuu ...
berakhlak
lelaki : carilah perempuan yang berakhlak , (kalau nak bahagia lah kann ) . kat situ korang dah boleh fikir .bila dia ni berakhlak secara otomatiknya segala aib engkorang (lelaki) ni dia tutup , sebab ?
yelah perempuan berakhlak ni , dia jenis yang baik baik , tutup aurat , dia dah jaga kelakuan dia ,takde lah datang fitnah fitnah dan gosip liar yang buat engko suka gaduh gaduh nanti .kann ?
perempuan : kalau dapat laki akhlak buruk , malam malam pergi merempit . pergi disko .pergi berfoya foya . engkau pulak kena jaga anak kat rumah . sorang sorang . rumah pulak terpencil .kalau kena pecah rumah , kena rompak lah .camane ? haaaa . (tinggi pulak imaginasi aku ni .ishh )
tapi seperti yang kita tahu
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik .
kalau tak baik ?
sempat lagi nak berubah ni
ehh--
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
cinta dan sayang
cinta yang betul betul cinta bukan lah cinta kerana nafsu *take note please .
kalau pakwe ngkorang cakap dia cinta kat korang tapi peluk peluk pegang pegang dan so on , engko ingat dia sayang ko ke ? dia cinta engko ke ? -ke engko suka jugak kena peluk .
murahan nya -- .terasa ? memang nak suruh terasa pun .
kalau laki tu cakap dia sayang ko (ehh sambung lagi )
ahh , taikk !! tolonglah perempuan .jangan suka sangat kena tipu ,
ustad kabor lelaki suka tipu .haaa . aku tak cakap .ustad yang cakap .
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lelaki akan terangsang melalui penglihatan .kalau tengok perempuan tu mesti tengok atas sampai bawah . kat setengah setengah part tu dia scan lama sikit .ehh --
so perempuan , tu lah hikmah Allah suruh tutup aurat .
perempuan pulak dia ni mudah sgt cair dengan kata lelaki . macam aisss lah awokmerr ni .hehh .
biar tak hensem janji ayat power . -- yeke gitu ?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
as the conclusion .
kahwin muda ke , tua ke , sama je .janji cari laki yang berilmu, bertakwa dan berakhlak,
kalau gentleman , kalau suka, datang je rumah pasangan engko , jumpa bapak dia ,cakap 'pakcik ,saya nak kawin dengan anak pakcik "
pangggg ! *bunyi kena sepak .
motif ? anak pakcik tu semua lelaki .
hahh.nasiblah--
.okay lah .sampai sini je entry kali ni . byebye semua .assalamualaikum :) .